Memaparkan catatan dengan label perlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perlis. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

Mangsa banjir di Perlis berkurangan

KANGAR: Sebanyak 3,604 mangsa banjir di Perlis masih berada di pusat pemindahan sehingga pagi ini berbanding lebih 4,000 orang malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata, kebanyakan mangsa adalah daripada kawasan Kangar membabitkan 2,955 orang yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Sebanyak 590 mangsa adalah daripada kawasan Arau yang ditempatkan di lima pusat pemindahan manakala di kawasan Padang Besar jumlah mangsa hanya 59 orang yang ditempatkan di satu pusat pemindahan. Setakat ini lebih 1,000 mangsa telah dibenarkan pulang dan hampir 20 pusat pemindahan telah ditutup. - BERNAMA

kredit

Khamis, 3 Mac 2011

Mosthakeen letak jawatan

PERLIS menerima tamparan hebat apabila Mosthakeen Omar (gambar) tampil membuat kejutan besar meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Singa Utara berkuatkuasa, semalam.
Segala-galanya difahamkan terjurus kepada perbezaan pendapat dengan pengurusan pasukan di atas kegagalan pasukan negeri itu dalam aksi Liga Malaysia, musim ini.
Pengendali berasal dari Kedah itu mengaku dia bertindak demikian selepas kecewa dengan pengurusan pasukan yang jelas menuding jari ke arahnya berikutan prestasi buruk Perlis yang gagal merakamkan sebarang kemenangan dalam Liga Super dan gagal mara ke pusingan berikut Piala FA.

“Memang ada percanggahan pendapat saya dengan pengurusan pasukan khususnya mengenai sasaran pencapaian pasukan dibarisi tenaga muda hampir 100 peratus. Saya tidak mempunyai pilihan melainkan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” kata Mosthakeen, semalam.

“Saya masuk (dilantik sebagai ketua jurulatih) dengan cara yang baik, maka saya mahu keluar (lepas jawatan) juga dengan cara baik. Tidak mahu cari masalah dengan mana-mana pihak. Saya mengesahkan sudah melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Perlis, berkuatkuasa hari ini (semalam).

“Saya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), hari ini (semalam). Justeru, saya tidak lagi terbabit mengendalikan pasukan yang akan turun menentang Kuala Lumpur, malam ini (semalam).”
Bekas pengendali skuad Pala Razak Kedah pada awal 1980-an itu dilantik membimbing Perlis kira-kira tiga bulan lalu menggantikan Yunus Alif yang berpindah ke T-Team.

Selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super, Perlis sekadar mengutip satu mata saja hasil keputusan seri 1-1 menentang Harimau Muda A dan empat kekalahan.

sumber: Berita Harian
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger