
Jumaat, 23 September 2011
Penipu surat sokongan MB diberkas

Khamis, 31 Mac 2011
Premium tanah RM10 untuk pendidikan – PR Perak
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pakatan Rakyat Perak berjanji akan memberi kadar premium tanah secara nominal RM10 sehektar untuk tapak tanah yang diluluskan kepada institusi pendidikan sumbangan wang orang awam (Suwa) jika rakyat memberi mandat kepada mereka pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Mohammad Jamaluddin berkata, Pakatan Rakyat menyedari masalah kewangan yang bakal dihadapi oleh sekolah-sekolah agama, suwa dan Sekolah Tamil kerana jumlah premium tanah masih belum mengambil kira kos pembangunan tanah yang menelan belanja jutaan ringgit.
Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, perkara itu berlaku apabila BN merampas kuasa di Perak mengenakan premium tanah bernilai berjuta-juta ringgit kepada tanah yang diluluskan kepada Suwa. Sebagai contoh jelasnya, sekolah Suwa dikehendaki membayar premium tanah sebanyak RM2,240,000 dengan setiap sekolah terpaksa menanggung kos premium tanah RM248,888.
"Ini satu beban yang cukup berat berat untuk lembaga pengelola sekolah tersebut. Atas dasar BN tersebut, pihak lembaga pengelola sekolah terpaksa mengutip derma dan merayu bantuan dari pelbagai pihak khususnya masyarakat umum," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketika Pakatan Rakyat memerintah di negeri itu pada tahun 2008, kerajaan negeri bersetuju untuk meluluskan tanah kepada institusi pendidikan iaitu tanah seluas 2,023 hektar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 1,012 hektar untuk sekolah Suwa dan 607 hektar untuk sekolah Tamil supaya dijadikan modal dan tabung untuk membantu pembangunan institusi pendidikan tersebut.
Turut bersama Nizar pada sidang media tersebut ialah Pengerusi PKR Perak, Dr Mohd Nor Manuty dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Selasa, 15 Februari 2011
Hijau Kuning tekad gegar Perak
Sambil ketua jurulatih skuad Hijau Kuning, Ahmad Yusoff tiada pilihan kecuali bagi memastikan tiga mata tidak dicicirkan di halaman sendiri selepas diaibkan Sabah tempoh hari, Perak agak yakin dengan kemampuan ketika ini selepas menewaskan Negeri Sembilan.
Apapun, jurulatih Perak, Norizan Bakar mengingatkan anak buahnya supaya terus berpijak di bumi nyata menjelang misi penting ini kerana Kedah mampu bangkit menghampakan mereka apa lagi ketika tuan rumah dalam situasi ibarat harimau yang luka.
“Masih terlalu awal untuk meraikan kejayaan. Baru tiga perlawanan, malah pasukan masih mempunyai kelemahan dan kepincangan di sana sini,” katanya yang terus meminta pemain menggandakan usaha andai mahu mengecap kejayaan dalam perlawanan seterusnya.
Ahmad pula tiada pilihan dalam keadaan tertekan ini dan akan menurunkan Amar Rohidan dan penyerang utama, Azlan Ismail dalam kesebelasan pasukan dalam memburu kemenangan kedua di tempat sendiri.
“Perlawanan esok (malam ini) menjadi ujian bagi anak buah saya untuk bangkit membuktikan kewibawaan mereka sebagai pencabar Liga Super musim ini kerana selepas bertemu Perak, kami berdepan cabaran lebih getir menentang Kelantan pula di Stadium Darulaman, Sabtu depan,” katanya.
Mengakui tidak bimbang dengan benteng pertahanan diketuai Fauzi Nan, Sabre Abu, Khairul Helmi Johari dan V Thirumurugan, dia meminta gandingan Baddrol Bakhtiar, Azlan dan Ahmad Shakir Md Ali lebih bijak menghidu peluang jaringan, malam ini.
sumber: berita harian
Isnin, 14 Februari 2011
Norizan tidak mahu dabik dada
“Masih terlalu awal untuk menganggap Perak sebagai sebuah pasukan kuat dan sempurna,” kata Norizan di Ipoh semalam.
Katanya, setiap pasukan dalam saingan liga baru beraksi tiga perlawanan dan perjalanan ke penghujung liga masih jauh.
Walaupun berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah, Norizan berkata, Perak masih dihantui dengan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki segera.
“Kelemahan itu perlu diperbaiki segera supaya ia tidak menjejaskan persembahan pasukan pada perlawanan akan datang,” jelasnya.
Perak akan bertandang ke Stadium Darul Aman untuk berdepan dengan Kedah pada 15 Februari ini.
Skuad bimbingan Norizan itu naik ke tangga kedua daripada kedudukan kelima liga dengan mengutip tujuh mata dan mempertahankan rekod tanpa kalahnya.
Sebaliknya, kekalahan pertama Negeri Sembilan itu menyebabkan mereka turun ke tangga keempat daripada takhta liga dengan mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan.
Perak memperoleh gol pertama hasil sepakan penalti Shahrul Nizam Mustapa pada minit ke-50 apabila Akmal Rizal Rakhli dijatuhkan dalam kotak penalti.
Kedudukan Perak semakin kukuh apabila kegagalan dua pertahanan Negeri Sembilan menampan bola dengan kemas di depan gol sendiri.
Kegagalan itu membolehkan Akmal Rizal merembat masuk gol kedua skuad Seladang pada minit ke-65.
Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan memuji persembahan bertenaga yang dipamerkan pemain Perak sehingga memperolehi gol yang berharga itu.
“Berdasarkan persembahan yang dipamerkan itu, Perak layak merangkul tiga mata penuh,” jelas Wan Jamak.
sumber: kosmo