Memaparkan catatan dengan label menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menteri. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

Felcra pecat mandor serah memo pada menteri?

KUALA LUMPUR, 2 April: Seorang mandor ladang di Felcra Seberang Perak II diberhentikan kerja serta-merta berkuat kuasa 30 Mac lalu kerana didakwa memalukan dan mencemarkan nama baik Felcra. Ishak Saari dikenakan tindakan tersebut sehari selepas beliau menyertai rombongan menyerahkan memorandum berkaitan masalah dan tuntutan warga Felcra di Perak kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik di Parlimen.


Ishak telah berkhidmat di Felcra berkenaan kira-kira empat tahun, bermula Februari 2007. Menurut Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman, Ishak dipecat oleh pengurus kewangan Felcra tersebut, Rodzi Mohd Salleh setelah mendapat arahan daripada Pengurus Felcra Besar Felcra Seberang Perak, Mutalib Tais merangkap Timbalan Pengarah Felcra Negeri Perak.


Beliau memberitahu, selain tindakan memecat Ishak, beberapa peserta Felcra yang dilihat lantang menyuarakan permasalahan Felcra telah diberi amaran akan menerima nasib yang sama seperti Ishak. Mengulas tindakan pihak Felcra tersebut, Mazlan menyifatkan janji Hassan dalam pertemuan 29 Mac lalu sebagai satu pendustaan kepada peserta Felcra.


Hassan dalam pertemuan tersebut berjanji akan memanjangkan tuntutan peserta Felcra kepada Menteri dan 'gembira' dengan pendekatan dialog yang dipilih mereka. "Saya cukup kesal dengan tindakan yang diambil terhadap peserta Felcra tanpa alasan yang kukuh dan apa yang dijanjikan oleh Timbalan Menteri (Hassan) itu satu pendustaan semata-mata sebaliknya tekanan dikenakan kepada peserta Felcra termasuk pegawai-pegawai yang berkhidmat turut diberi amaran keras," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.


Pemecatan ini juga tegaskan menggambarkan rakyat langsung tidak diberi peluang untuk menyuarakan hak mereka kepada pihak atasan. "Felcra semakin melampau. Bukan nak menyelesaikan masalah yang diajukan kepada mereka tetapi mengugut peserta. Pintu untuk rakyat menyuarakan masalah mereka kepada Menteri, Suhakam, tertutup rapat. Ini sangat tidak demokrasi," tegasnya.


Sehubungan itu, Mazlan berkata pihaknya sedang berunding dengan peguam untuk meneliti perkara tersebut bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Felcra. Satu pertemuan dengan peserta Felcra seluruh Perak juga katanya akan diadakan dalam masa terdekat bagi menjelaskan kedudukan perkara tersebut.


Beliau turut mengulangi desakan agar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menangani permasalahan warga Felcra secara profesional. "Saya minta menteri dan pengerusi Felcra mengotakan janji supaya sebarang isu hendaklah ditangani dengan profesional bukan mengenakan tindakan sewenang-wenangnya," katanya.


kredit

Khamis, 31 Mac 2011

Bekas timbalan menteri meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Datuk Tan Tiong Hong meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi tadi di rumahnya di Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan di sini. Menurut anak saudaranya Jessica Lai, mendiang yang berumur 66 tahun mati selepas terjatuh ketika bersarapan.


"Ketika itu mendiang makan berseorangan dan tiba-tiba terjatuh menyebabkan kepalanya terhantuk pada bucu meja. Pakcik saya tidak mempunyai sebarang penyakit," kata Jessica yang juga ahli Majis Tertinggi Wanita MCA kepada Bernama. Beliau berkata mayat Tiong Hong akan diuruskan Ahad ini.


Orang ramai boleh memberi penghormatan kepada mendiang di No 15, Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan mulai esok hingga Sabtu. Mendiang pernah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada tahun 1982 dan Timbalan Menteri Kewangan pada 1984.


Mendiang sebelum meninggal masih aktif dalam politik dan menjadi Naib Pengerusi MCA bahagian Kepong dan Ketua Cawangan MCA Jinjang Utara Tambahan Sektor A. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger