Memaparkan catatan dengan label meninggal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meninggal. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

Pejuang mangsa JE Bukit Pelanduk meninggal

PORT DICKSON, 2 April: Pejuang mangsa JE Bukit Pelanduk yang juga bekas Adun Jimah, Yap Ah Peng, 69, (gambar) meninggal dunia malam tadi. Yap tiba-tiba pengsan di rumahnya di Pekan Bukit Pelanduk di bawa ke Hospital Port Dickson dan disahkan meninggal.


Semasa menjadi Adun Jimah MCA, Yap pernah menjadi pengerusi jawatankuasa pembangunan semula ternakan babi Negeri Sembilan yang menghasilkan satu enakmen. Namun kerana tabiat buruk Umno, pelaksanaannya gagal menyebabkan penduduk dan penternak enggan berpindah. Selepas itulah berlaku JE di Bukit Pelanduk.


Selepas itulah Yap berjuang untuk membela nasib mereka sehingga mengumpulkan tandatangan untuk satu memo kepada PAS. Yap telah menyerahkan memo itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyokong pelaksanaan hudud.


Tujuannya agar pencuri tanah rakyat di Bukit Pelanduk ini dapat dipotong tangannya. Kini beliau pergi untuk selama-lamanya sebelum sempat melihat pencuri tanah rakyat yang beliau wakili sempat dihukum.


kredit

Khamis, 31 Mac 2011

Bekas timbalan menteri meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Datuk Tan Tiong Hong meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi tadi di rumahnya di Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan di sini. Menurut anak saudaranya Jessica Lai, mendiang yang berumur 66 tahun mati selepas terjatuh ketika bersarapan.


"Ketika itu mendiang makan berseorangan dan tiba-tiba terjatuh menyebabkan kepalanya terhantuk pada bucu meja. Pakcik saya tidak mempunyai sebarang penyakit," kata Jessica yang juga ahli Majis Tertinggi Wanita MCA kepada Bernama. Beliau berkata mayat Tiong Hong akan diuruskan Ahad ini.


Orang ramai boleh memberi penghormatan kepada mendiang di No 15, Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan mulai esok hingga Sabtu. Mendiang pernah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada tahun 1982 dan Timbalan Menteri Kewangan pada 1984.


Mendiang sebelum meninggal masih aktif dalam politik dan menjadi Naib Pengerusi MCA bahagian Kepong dan Ketua Cawangan MCA Jinjang Utara Tambahan Sektor A. - Bernama


kredit

Khamis, 24 Mac 2011

Elizabeth Taylor meninggal dunia akibat sakit jantung

NEW YORK 23 Mac - Bintang legenda Hollywood, Elizabeth Taylor yang dianggap aktres paling memikat dalam abad ke-20, meninggal dunia hari ini dalam usia 79 tahun.


Beliau meninggal dunia di Cedars-Sinai Hospital di Los Angeles di samping empat anaknya selepas dimasukkan ke hospital enam minggu lalu disebabkan masalah jantung, kata pegawai publisitinya, Sally Morrison dalam satu kenyataan. - Reuters

Selasa, 22 Mac 2011

Seorang lagi mangsa kemalangan Pendang meninggal dunia

ALOR SETAR - Seorang lagi mangsa kemalangan di Pendang awal pagi, semalam, meninggal dunia hari ini, setelah hampir 24 jam di rawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, menjadikan enam mangsa maut akibat kemalangan itu.

Che Ishak Hussin, 55, dari Kampung Tualang, Pokok Sena meninggal dunia pada pukul 2 pagi di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kerana mengalami pendarahan dalam otak dan patah kaki kanan.

"Semasa ayah meninggal awal pagi tadi, kami sekeluarga berada di sisinya dan kami reda dengan ketentuan Ilahi,? kata anak sulung mangsa, Mohammad Zahir Che Ishak, 36, ketika ditemui di hospital itu hari ini.

Semalam, lima guru silat maut apabila van yang dinaiki sembilan orang terbabas dan melanggar sebuah pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang.

Kemalangan pada pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Buluh, Selangor selepas mengadakan persembahan silat pada majlis perkahwinan di sana. - Bernama

Kakak Tun Dr. Siti Hasmah meninggal dunia

KUALA LUMPUR 21 Mac - Datuk Paduka Saleha Mohd Ali, kakak Tun Dr Siti Hasmah, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang ini akibat kanser uterin.

Allahyarham berusia 88 tahun.

Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff, ketika dihubungi Bernama berkata, allahyarham meninggal dunia kira-kira 5.10 petang tadi.

Sementara itu anak Saleha, Zahedi Mohd. Ali berkata, jenazah ibunya dimandikan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya petang tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum Zohor esok.

Saleha, anak ketiga daripada 13 beradik, merupakan penaung Universal Peace Federation Malaysia. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger