Memaparkan catatan dengan label kontroversi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kontroversi. Papar semua catatan

Ahad, 27 Mac 2011

Kontroversi iringi langkah England ke Cardiff

LONDON: England bertandang ke Stadium Millennium untuk perlawanan penting kelayakan Euro 2012 bertemu Wales di Cardiff malam ini tetapi diselubungi kontroversi pelantikan semula kaptennya, John Terry.

Pengurus Fabio Capello sedar hanya kemenangan mampu meredakan kekecohan dan memulihkan kredibilitinya selepas pengurus berbangsa Itali itu mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemain sendiri ketika mengumumkan pelantikan semua Terry sebagai ketua pasukan selepas dilucutkan kerana salah laku setahun lalu.

Ketinggalan kepada Montenegro dengan tiga mata, England tidak punya banyak ruang kesilapan selepas keputusan seri 0-0 ketika menentang pendahulu Kumpulan G itu di Wembley, Oktober lalu dan kekalahan kepada pasukan tangga terbawah Wales, pasti mengundang kecaman hebat. Umum mengetahui sebahagian besar pemain England menyokong tindakan mengembalikan lilitan kapten kepada Terry tetapi ada juga laporan menyebut, segelintir pemain tidak berpuas hati terhadap layanan kepada Rio Ferdinand - watak popular di bilik persalinan England yang hanya mengetahui lilitan lengannya bertukar tangan menerusi laporan akhbar.

Capello, yang hanya setahun lalu menegaskan Terry tidak akan kembali menjadi kapten England sepanjang bergelar pengurus, berkata dia terpaksa mengubah fikiran selepas melihat tugas kapten bertukar tangan beberapa kali ketika perlawanan persahabatan menentang Denmark bulan lalu.


“Menentang Wales adalah perlawanan sukar. Suasana dan segala-galanya menakjubkan dan kita perlukan seorang kapten yang memiliki personaliti besar dan juga pemimpin. Apabila John bermain tanpa lilitan lengan, dia sentiasa beraksi seperti seorang ketua. Dia juga personaliti besar di bilik persalinan.” - AFP

Isnin, 21 Mac 2011

Gol penalti kontroversi Liverpool

LONDON, Mac 20 - Dirk Kuyt menjaringkan gol penalti kontroversi untuk Liverpool mendahului sebelum memperoleh kemenangan mutlak 2-0 menewaskan 10 pemain Sunderland dalam saingan Liga Perdana malam tadi.

Kemenangan perlawanan tersebut menggembirakan pengurus pasukan itu, Kenny Dalglish yang berkunjung di Stadium of Light malah gol pertama yang diperolehi pada minit ke-33 seakan penuh dengan kontroversi apabila pengadil memberikan penalti walaupun pemain Sunderland John Mensah dilihat menerjah pemain Liverpool di luar kotak penalti.

Selepas gol tersebut pertahanan tuan rumah Sunderland terus diasak oleh jentera serangan Liverpool melalui dua percubaan tepat penyerang Liverpool, Andrew Carroll dan Luis Su?rez ketika perlawanan menghampiri 45 minit pertama.

Permulaan babak kedua menyaksikan skuad bimbingan Steve Bruce tidak berupaya membalas serangan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Suarez berupaya menjaringkan gol pada minit ke-77.

Lima minit selepas itu, derita terus menghimpit Sunderland apabila pemain pertahanannya Mensah dilayangkan kad merah sekali gus menyebabkan pasukan itu tidak berupaya untuk melakukan serangan balas selain terpaksa banyak bertahan sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu juga membolehkan Reds berada di landasan untuk memburu tempat keempat terbaik Liga Perdana musim ini.

Ketika ini Liverpool berjaya mengutip 45 mata melalui 30 perlawanan yang telah berlangsung dan selepas ini skuad bimbingan Dalglish bakal berhadapan Arsenal pada 17 April depan. - AFP

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger