Memaparkan catatan dengan label england. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label england. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

England 'serap' gaya Barcelona

WILSHERE (kanan) bersaing dengan<br />pertahanan Wales, Aaron Ramsey<br />pada saingan Euro 2012, semalam.
WILSHERE (kanan) bersaing dengan pertahanan Wales, Aaron Ramsey pada saingan Euro 2012, semalam.Capello tiru corak menyerang kelab Catalan robek Wales

CARDIFF: Jack Wilshere akur Fabio Capello mahu menjadikan Barcelona sebagai 'bahan rujukan' untuk England ketika merakam kemenangan 2-0 ke atas Wales dalam saingan kela-yakan Euro 2012, kelmarin.

Capello mahu England meniru corak permainan kelab gergasi Sepanyol itu yang sentiasa mengasak lawan, sekali gus menafikan peluang buat lawan memegang bola lama serta mengganggu rentak permainan mereka. Malah, Capello menjadikan rakaman perlawanan antara Barca dengan Arsenal sebagai rujukan. Pemain tengah Arsenal, Wilshere cukup faham dengan kualiti yang ada pada Barcelona selepas bermain pada kedua-dua perlawanan bertemu kelab Sepanyol itu dalam Liga Juara-Juara, dan dia gembira untuk cuba mengikut corak permainan mereka.

Bersama Scott Parker dan Frank Lampard, Wilshere membentuk barisan tengah berkesan untuk memecah benteng pertahanan Wales ketika mencatat kemenangan di Cardiff.

"Fabio menonton dua perlawanan itu dan memberitahu kami betapa Barcelona begitu handal menekan lawan," kata Wilshere. "Kami menonton beberapa rakaman perlawanan Barcelona dan cara mereka mengasak lawan. Seluruh skuad menonton perlawanan dengan Arsenal beberapa hari lalu".

Pada perlawanan kelmarin, Lampard membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ketujuh selepas Darrent Bent dijatuhkan dalam kotak penalti dan Bent memastikan tiga mata untuk England apabila menyambar bola lintang Ashley Young pada minit ke-15. - AFP



kredit

Ahad, 27 Mac 2011

England menang

DUA gol awal membolehkan England menewaskan Wales 2-0 dalam saingan Kumpulan G kelayakan Euro 2012 di Stadium Millennium, Cardiff malam tadi, di tengah-tengah kritikan pedas terhadap cara pengurusnya, Fabio Capello menangani isu pelantikan semula John Terry sebagai kapten.

Frank Lampard membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ketujuh selepas Darrent Bent dijatuhkan di dalam kotak penalti dan Bent memastikan tiga mata apabila menyambar bola lintang Glen Johnson pada minit ke-15, sekali gus memberikan kekalahan keempat berturut-turut buat Wales yang dibimbing Gary Speed.

Dengan tiga mata itu, England melonjak ke tangga teratas kumpulan, berkongsi 10 mata dengan Montenegro tetapi mempunyai perbezaan jaringan lebih baik selepas empat perlawanan. - Agensi

Kontroversi iringi langkah England ke Cardiff

LONDON: England bertandang ke Stadium Millennium untuk perlawanan penting kelayakan Euro 2012 bertemu Wales di Cardiff malam ini tetapi diselubungi kontroversi pelantikan semula kaptennya, John Terry.

Pengurus Fabio Capello sedar hanya kemenangan mampu meredakan kekecohan dan memulihkan kredibilitinya selepas pengurus berbangsa Itali itu mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemain sendiri ketika mengumumkan pelantikan semua Terry sebagai ketua pasukan selepas dilucutkan kerana salah laku setahun lalu.

Ketinggalan kepada Montenegro dengan tiga mata, England tidak punya banyak ruang kesilapan selepas keputusan seri 0-0 ketika menentang pendahulu Kumpulan G itu di Wembley, Oktober lalu dan kekalahan kepada pasukan tangga terbawah Wales, pasti mengundang kecaman hebat. Umum mengetahui sebahagian besar pemain England menyokong tindakan mengembalikan lilitan kapten kepada Terry tetapi ada juga laporan menyebut, segelintir pemain tidak berpuas hati terhadap layanan kepada Rio Ferdinand - watak popular di bilik persalinan England yang hanya mengetahui lilitan lengannya bertukar tangan menerusi laporan akhbar.

Capello, yang hanya setahun lalu menegaskan Terry tidak akan kembali menjadi kapten England sepanjang bergelar pengurus, berkata dia terpaksa mengubah fikiran selepas melihat tugas kapten bertukar tangan beberapa kali ketika perlawanan persahabatan menentang Denmark bulan lalu.


“Menentang Wales adalah perlawanan sukar. Suasana dan segala-galanya menakjubkan dan kita perlukan seorang kapten yang memiliki personaliti besar dan juga pemimpin. Apabila John bermain tanpa lilitan lengan, dia sentiasa beraksi seperti seorang ketua. Dia juga personaliti besar di bilik persalinan.” - AFP

Sabtu, 12 Februari 2011

Capello berdepan dilema penyerang

COPENHAGEN - Pengurus England, Fabio Capello mengakui, beliau berdepan kesukaran untuk membuat keputusan mengenai siapa harus dipilih sebagai penyerang pertama ekoran prestasi baik yang dipamerkan Ashley Young dan Darren Bent ketika membantu skuad Three Lions itu membenam Denmark 2-1 dalam aksi persahabatan, semalam.

Young, yang baru-baru ini menerima perubahan posisi dari sayap ke serangan ketika bersama Aston Villa, dibawa masuk dari bangku simpanan di Stadium Parken sebelum menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.

Jaringan kemenangan itu hadir selepas rakan sepasukannya di Villa, Bent menyamakan kedudukan England, yang terdahulu ketinggalan 1-0 hasil tandukan tonggak pertahanan Denmark, Daniel Agger.

Kemenangan itu meletakkan England di landasan terbaik menjelang aksi getir kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2012 menentang Wales di Cardiff, bulan depan. England sudah pun tewas kepada Perancis dan seri dengan Montenegro dalam dua perlawanan terdahulu.

Semalam, Young dan Bent menenggelamkan dua penyerang utama England, Wayne Rooney dan Jermain Defoe, sekali gus meningkatkan persoalan, siapa akan dipilih Capello untuk menghadapi aksi kelayakan bulan depan. Jurulatih kelahiran Itali itu juga masih mempunyai dua lagi pilihan, penyerang baru Liverpool, Andy Carroll yang akan pulih ketika itu dan penyerang Tottenham, Peter Crouch.

"Ia sesuatu yang bagus, saya harap begitu. Harapan saya, pemain-pemain yang akan beraksi pada perlawanan akan datang menunjukkan prestasi sebaik hari ini.

"Persaingan sangat kompetitif di kalangan semua pemain untuk memburu tempat kerana semua mereka boleh bermain bagus. Tidak mudah untuk saya memilih ketika ini, melihat kepada prestasi baik pemain sekarang,'' akui Capello.

Young telah bermain 11 kali bersama England sebelum ini tetapi semuanya sebagai pemain sayap. Namun semalam, Capello cukup gembira dengan permainan yang dimainkan oleh pemain itu di posisi serangan.

"Saya banyak melihat perlawanan Aston Villa dan posisi barunya, dia sangat bagus kerana mampu bermain dengan bebas.

"Dia boleh berlari ke mana yang dia mahu, dia sangat pantas, bagus secara teknikal dan amat bahaya kepada lawan.. dia juga boleh menggelecek, memiliki rembatan deras serta hantaran yang bagus. Dia pemain yang baik,'' kata Ancelotti.

Ketika ditanya apakah dia sedia menggugurkan Rooney, Capello tidak melihat kedudukan bintang penyerang Manchester United itu sebagai terancam. "Tidak. Sudah tentu saya mahu menurunkan pemain yang saya kenal, seperti Rooney, Bent, Carroll, Defoe dan Crouch.

"Saya telah memutuskan salah satu daripada pemain-pemain ini akan beraksi, bergantung kepada prestasi mereka,'' katanya. - AFP

sumber: utusan
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger