Memaparkan catatan dengan label ditemui. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ditemui. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Ogos 2011

Mayat ditemui di Taman Kosas milik wanita, kanak-kanak lelaki

KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemui di tingkat lima, Blok Chryssa, Apartment Astaria di Taman Kosas, Ampang semalam disahkan seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata mayat pertama yang dijumpai dalam keadaan dikerat-kerat masih belum diketahui identiti dan bangsanya.

"Hasil bedah siasat mengesahkan badan yang dikerat milik seorang wanita dan cap jari mangsa telah diambil untuk semakan lanjut. "Manakala mayat kanak-kanak lelaki ditemui dalam plastik dan lengkap tubuh badan, dipercayai berusia lima hingga enam tahun," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat, merakam keterangan saksi dan sedang memeriksa rekod orang hilang.


Semalam, badan manusia yang dikerat kepada beberapa bahagian selain organ dijumpai dalam dua beg plastik selain usus dan perut manusia dalam mangkuk tandas di unit itu. - BERNAMA


kredit

Khamis, 24 Mac 2011

Warga emas ditemui rentung dalam kereta

BUTTERWORTH - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui separuh rentung dalam keretanya yang terbakar di tepi jalan di Jalan Solok Tuna di sini hari ini.


Ketua Polis Derah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd. Lah berkata mangsa Jagjit Singh, 70, dipercayai keluar minum bersama empat rakannya sebelum kejadian itu.


"Punca kematian belum diketahui kerana polis sedang menunggu hasil siasatan bomba," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat. - Bernama

Mayat warga emas ditemui separuh rentung dalam kereta

BUTTERWORTH: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui separuh rentung dalam keretanya yang terbakar di tepi jalan di Jalan Solok Tuna di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata mangsa Jagjit Singh, 70, dipercayai keluar minum bersama empat rakannya sebelum kejadian itu.

"Punca kematian belum diketahui kerana polis sedang menunggu hasil siasatan bomba," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Khaw Kee Leong, 42, pemilik kedai makan yang dikunjungi lelaki itu sebelum kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu berkata, beliau dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa ada sebuah kereta sedang terbakar.

"Saya ambil alat pemadam api bagi membantu memadamkan kebakaran dan semasa memadamkan api baru saya perasan ada orang dalam kereta itu.

"Lelaki itu kelihatan lemah. Jam 8 pagi tadi dia (mangsa) singgah di kedai saya untuk minum bersama empat rakannya," katanya.
Anak saudara lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Dave berkata, bapa saudaranya itu sudah lama tinggal seorang diri di sini kerana isteri dan anaknya menetap di Singapura.

"Dia tidak mempunyai pekerjaan dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya. - BERNAMA


Selasa, 22 Mac 2011

Mangsa jatuh laut ditemui mati lemas di Pangkor

LUMUT - Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut semasa memancing di Sungai Pinang Kecil di Pulau Pangkor di sini semalam ditemui mati kira-kira 10 meter dari tempat kejadian itu hari ini.

Mayat Leo Ding Khoon, 54, ditemui pada 8.30 pagi tadi dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin di Kampung Acheh di sini sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Wilayah Satu, DSP Shaari Ariffin berkata, mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika sedang memancing di pelantar ikan Hai Seng Hing.

"Kejadian itu kemudian dilaporkan kakak mangsa, Leo Poh Chu, 58, di Balai Polis Pulau Pangkor kira-kira 6.10 petang sebelum sepasukan anggota PGM dikejarkan ke situ lima minit kemudian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat,? katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger