Jumaat, 22 April 2011

Wanita ganggu Lou Ferdinand ditangkap

LONDON: Seorang wanita yang didapati bersalah mengganggu bintang bola sepak Manchester United, Rio Ferdinand, ditangkap sehari selepas dia melarikan diri sebelumhukuman dijatuhkan.


Susanne Ibru, 18, didapati bersalah oleh mahkamah Macclesfield kelmarin selepas dibicarakan atas tuduhan mengganggu Ferdinand di luar rumah bintang bola sepak itu dalam tiga kejadian berasingan antara Februari dan Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan yang mewakili dirinya sendiri dan menyoal Ferdinand dalam kandang saksi, meninggalkan mahkamah sebelum hakim, Nicholas Sanders menjatuhkan hukuman. Sanders kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Susanne.


“Ferdinand adalah pemain bola sepak berprofil tinggi dan walaupun ada ketikanya dia terdedah di tempat awam dan menjadi buruan media, hakikat bahawa dia berada di rumah bersama-sama keluarganya, dia mempunyai hak untuk tidak diganggu,” kata Sanders.

Polis berkata, Sussane ditahan di Warrington, Cheshire. Dalam perbicaraan kelmarin, mahkamah diberitahu, wanita itu muncul di depan kediaman Ferdinand di Cheshire, kira-kira 640 kilometer dari kediamannya di Peckham, selatan London sebanyak tiga kali tahun lalu.

Menurut Ferdinand, dia kecewa dengan kehadiran wanita yang tidak pernah ditemuinya itu. “Mulanya saya marah dan kecewa tetapi kemudian berasa benar-benar terganggu kerana dan ia bukan masa atau tempat untuk datang bercakap dengan saya,” kata bintang bola sepak itu. - AFP


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger