Jumaat, 1 April 2011

Rakaman video seks tulen - KPN

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur, dipertontonkan kepada beberapa editor media. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger