Sabtu, 23 April 2011

Muhyiddin jemput syarikat China terokai projek EPP

SHANGHAI 21 April - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjemput syarikat China untuk menerokai peluang pelaburan di dalam 131 projek permulaaan (EPP) yang dikenal pasti bernilai US$138 juta di Malaysia.


Katanya, EPP itu dijangka dilaksanakan di dalam tempoh sembilan tahun akan datang yang bermatlamat menerajui Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.


"Saya percaya, antara projek EPP itu, banyak projek yang boleh dilaksanakan oleh syarikat China secara usahasama dengan syarikat Malaysia. Antaranya ialah perkhidmatan perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, elektrik dan elektronik, teknologi hijau, teknologi diperbaharui dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)," katanya semasa berucap pada mesyuarat meja bulat dengan ketua industri China di sini hari ini. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger