Jumaat, 22 April 2011

Kapal selam latihan Agosta dibawa pulang Ogos

KUALA LUMPUR 21 April - Kapal selam jenis Agosta yang digunakan sebagai latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Perancis akan dibawa pulang ke tanah air untuk dijadikan sebagai bahan muzium, kata Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.


Katanya, kapal selam itu tidak sesuai digunakan bagi tujuan operasi dan akan dijadikan bahan muzium sebagai tanda simbolik atau ingatan terhadap kemajuan negara dalam bidang pertahanan.


"Agosta akan dibawa pulang ke Malaysia memandangkan khidmat kapal selam terpakai yang dibeli dari Perancis itu sebagai kapal latihan telah tamat. Ia dijangka tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut pada Ogos depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Kapal selam Agosta untuk tujuan latihan merupakan sebahagian daripada kontrak pembelian dua buah kapal selam baru jenis Scorpene - KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak - dari Perancis yang dimeterai pada 2002.


KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 manakala KD Tun Abdul Razak tiba di pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar, Sabah pada Julai 2010. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger