Selasa, 29 Mac 2011

Warga Thai diperintah bela diri edar Methamphetamine

KOTA BHARU 28 Mac: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki warganegara Thailand supaya membela diri atas tuduhan mengedar 1,137 gram Methamphetamine, tiga tahun lalu. Hakim Azman Abdullah menetapkan 24 Mei depan untuk tertuduh, Nawee Wae Tayeh, 40-an, membeli diri selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.


Tertuduh didakwa mengedar dadah tersebut pada lebih kurang pukul 11 pagi, 19 Februari 2008 di Lorong Hijau, Unit Lalulintas Pemeriksaan Penumpang, Kompleks Imigresen Rantau Panjang. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mandatori gantung sampai mati.


Dalam keterangan pihak pendakwaan semasa perbicaraan sebelum ini, tertuduh yang memandu sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand XF 1024, telah ditahan bersama-sama 83,966 biji dadah jenis Methamphetmine seberat 1137 gram. Ketika itu, kenderaan tersebut dari arah Thailand ke Malaysia.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Nurul Ezwaney Husin, sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed. - Utusan


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger