Selasa, 29 Mac 2011

Kelantan tolak cadangan Dewan Pemuda Pas

KOTA BHARU 28 Mac - Kerajaan Pas Kelantan menolak cadangan Dewan Pemuda Pas negeri supaya kerajaan negeri membeli balik Pasar Lama MPKB demi kebajikan para peniaga kecil di kawasan itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu bertentangan dengan dasar Kerajaan Pas Kelantan yang berpegang kepada janji.


"Pasar ini telah dijual kepada sebuah syarikat pemaju sebagai sebahagian usahasama dalam membangunkan Bazar Tengku Anis, di bazar ini MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam) mendapat keuntungan. Dasar kerajaan kita jelas bila perjanjian dibuat, kita berpegang teguh kecuali orang itu hendak bagi balik, itu adalah dasar Islam.


"Kalau hendak ambil balik benda yang dibeli, itu bukan dasar kerajan negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. - Utusan


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger