Isnin, 28 Mac 2011

Vettel terbaik

pix_gal0
Jagoan Jerman laung amaran awal selepas juarai GP Australia

MELBOURNE: Juara dunia, Sebastian Vettel melaung amaran buat pesaingnya menerusi kemenangan mutlak bersama jentera Red Bull pada perlumbaan pembuka tirai musim, Grand Prix Australia di Melbourne semalam.

Pemandu Jerman itu yang muncul juara dunia termuda pada usia 23, tahun lalu, mendahului pemandu lain sepanjang perlumbaan di litar jalan raya Albert Park, meninggalkan juara dunia 2008, Lewis Hamilton dari McLaren di tempat kedua dengan jarak melebihi 22 saat, dan pemandu Russia, Vitaly Petrov dari Lotus Renault ketiga. Vettel bagaimanapun menafikan tanggapan yang juara pengeluar tahun lalu, Red Bull akan sekali lagi mendominasi musim 2011. “Saya tidak suka perkataan dominasi di peringkat ini,” kata Vettel. “Perjalanan masih jauh dan kami perlu berpijak di bumi nyata.

“Perlumbaan hari ini (semalam) baik, jelas kami meraih banyak mata penting untuk bekalan musim ini. Kami boleh bergembira buat masa ini, tetapi tahun ini masih panjang dan macam-macam boleh berlaku.” Ini adalah kemenangan ke-11 Vettel dalam perlumbaan ke-63 kerjayanya, kesinambungan terbaik selepas kejuaraan pada perlumbaan terak-hir di Abu Dhabi, musim lalu.



kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger