Isnin, 28 Mac 2011

50 anggota polis diculik Taliban

ASADABAD, Afghanistan 28 Mac ? Gerila Taliban menculik sekurang-kurangnya 50 anggota polis Afghanistan dalam serangan hendap di wilayah timur laut Afghanistan, kata pihak militan dan wilayah semalam.

Menurut gabenor Nuristan, Jamaluddin Badr berkata, kesemua anggota polis tersebut diculik oleh kumpulan militan di daerah Chapa Dara, timur laut wilayah Kunar selepas pulang dari mengambil gaji di kawasan kejiranan wilayah Nuristan.

?Mereka (polis) tidak memakai uniform dan tidak membawa sebarang senjata,? kata Badr kepada Reuters. ? Reuters


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger