Ahad, 27 Mac 2011

Vettel bakar Albert Park

Juara dunia F1 sambar petak pertama GP Australia

JUARA Formula Satu (F1) dunia Red Bull Racing, Sebastian Vettel mengakui dia tidak perlu menggunakan tenaga pecut tambahan KERS (sistem pemulihan tenaga kinetik) untuk menyambar petak pertama Grand Prix Australia di litar jalanan Albert Park, semalam.

Pemandu Jerman berusia 23 tahun itu, turut membuatkan rakan sepasukan Mark Webber menggelengkan kepala selepas mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 23.520 saat. Catatan Vettel itu hampir setengah saat lebih pantas berbanding masa yang dilakukannya ketika merebut petak utama di litar sama tahun lalu, dan 0.8s lebih pantas berbanding pencabar terdekat dari pada McLaren, Lewis Hamilton.

Namun juara F1 termuda dunia itu dengan nada berwaspada berkata, walaupun jurang tampak agak besar, musim perlumbaan baru bermula dan banyak perkara boleh berlaku.


“Ini posisi yang baik dan saya gembira tetapi kami perlu berpijak di bumi nyata,” katanya yang gagal menamatkan saingan dalam perlumbaan terakhir musim lalu.


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger