Selasa, 29 Mac 2011

UPM cipta pengganti garam berkhasiat tinggi

SERDANG 29 Mac - Menerusi penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.


Dinamakan KardioMate, produk yang dihasilkan daripada tumbuhan laut dan darat itu mempunyai ciri-ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium dan kalsium.


Salah seorang penyelidik, Prof Dr. Suhaila Mohamed berkata, KardioMate sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, terutama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser dan kolestrol tinggi.


Produk ini membantu mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu pengurusan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah serta melawan kerosakan mengunkai (degenerative) yang terbukti kesannya melalui kajian terhadap haiwan.


"Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,? katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger