Selasa, 29 Mac 2011

Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah paling moden

JITRA - Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di sini yang sebelum ini dikenali Kem Tok Jalai merupakan antara kem yang termoden dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifli Mohd. Zin berkata, infrastruktur moden yang melengkapi kem bernilai RM92 juta itu dijangka mampu menjamin kualiti tugas yang tinggi pada kalangan warga Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD).


"ATM khususnya tentera darat menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan kerajaan negeri di atas kesediaan memperuntukkan tanah bagi pembinaan kem ini,? katanya ketika berucap pada perasmian kem yang disempurnakan Sultan Kedah Sultan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini.


Zulkifli berkata, pembinaan kem itu bermula pada 2007 dan siap serta diambil alih sepenuhnya oleh 6 RAMD yang sebelum itu berpangkalan di Bukit Pinang dekat sini pada 28 Mac tahun lepas. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger