Rabu, 23 Mac 2011

Polis tahan penjenayah tegar bersama heroin RM35,000

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki bersama peket berisi serbuk dipercayai heroin seberat 1,055 gram dalam satu rondaan cegah jenayah di Simpang Waha di sini hari ini.

Ketua polis daerah, Supt Osman Muhammad Sebot berkata, lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kira-kira pukul 8 pagi itu dikenal pasti sebagai seorang penjenayah tegar yang amat dikehendaki oleh pihak polis.

"Semasa kejadian, pasukan polis menjumpai sebuah kereta bercermin gelap terbabas di kiri jalan dengan enjinnya masih hidup.

"Ketika pihak polis menghampiri kenderaan, lelaki berkenaan cuba mengundurkan keretanya sehingga memaksa polis memecahkan cermin kereta itu untuk menahannya,? katanya kepada pemberita.

Selain dadah yang dianggarkan bernilai RM35,000 itu, turut dijumpai ialah sebuah penimbang digital serta wang tunai RM9,409, S$78 dan Rupiah 2,100, sebilah pedang samurai bersarung, peralatan pecah rumah dan pelbagai plat kenderaan termasuk pendaftaran Singapura. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger