Selasa, 22 Mac 2011

Mangsa jatuh laut ditemui mati lemas di Pangkor

LUMUT - Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut semasa memancing di Sungai Pinang Kecil di Pulau Pangkor di sini semalam ditemui mati kira-kira 10 meter dari tempat kejadian itu hari ini.

Mayat Leo Ding Khoon, 54, ditemui pada 8.30 pagi tadi dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin di Kampung Acheh di sini sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Wilayah Satu, DSP Shaari Ariffin berkata, mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika sedang memancing di pelantar ikan Hai Seng Hing.

"Kejadian itu kemudian dilaporkan kakak mangsa, Leo Poh Chu, 58, di Balai Polis Pulau Pangkor kira-kira 6.10 petang sebelum sepasukan anggota PGM dikejarkan ke situ lima minit kemudian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat,? katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger