Rabu, 30 Mac 2011

Perkhidmatan e-filing menerusi telefon pintar tahun depan

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan pembayar cukai dijangka boleh menggunakan perkhidmatan e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi telefon pintar. Ketua Pegawai Eksekutif Digicert Sdn Bhd, Datuk Noor Azli Othman, berkata pihaknya sedang menjalankan beberapa kajian dan ujian untuk memastikan kesesuaian penggunaan smartphone di dalam sistem e-filing.

"Kita sedang menjalankan kajian terutama daripada aspek keselamatan untuk memastikan maklumat pembayar cukai tidak dapat disalahguna," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Noor Azli berkata, Digicert turut berpendapat teknologi "Date Time Stamping" sesuai digunakan LHDN dalam usaha mempertingkatkan produktiviti dan sistem penyampaian kepada pembayar cukai yang dapat mempastikan segala rekod yang disimpan secara digital adalah sah di segi undang-undang.

Terdahulu, beliau mewakili Digicert menandatangani kontrak perkhidmatan membekal, memasang, menguji, mentauliah serta menyenggara infrastruktur kunci awam (PKI) untuk sistem e-filing dengan LHDN, yang diwakili CEO dan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar.


Digicert ialah syarikat sekutu Pos Malaysia Berhad yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan penyedia sistem e-filing sejak tahun 1996. - BERNAMA



kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger