Rabu, 30 Mac 2011

Kamu bongkak!

Capello berang kenyataan sinis Mourinho

LONDON: Usikan Jose Mourinho mengenai status pengurus skuad England jelas membuat telinga Fabio Capello berdesing.

Semalam, pengendali The Three Lions naik berang apabila membidas pengurus Real Madrid itu untuk ‘tutup mulut’ dan tidak menjadikan isu ini satu forum buat menyakitkan hatinya. “Kalau saya berada dalam situasinya (Mourinho) saya tidak akan menceritakan kepada anda apa sebenar berlaku dalam kerjaya saya,” kata pengendali berbangsa Itali itu.

“Saya rasa ini sesuatu yang serius. Saya tidak bercakap mengenai perhubungan dengan kelab lain kerana menghormati pengurus pasukan lain.  “Saya tidak mahu cakap pasal ini lagi. Sudah...sudah.”


Kelmarin, Mourinho mengungkitkan cerita lama apabila berkata dia adalah calon nombor satu FA England untuk menggantikan Steve McLaren pada 2007. Dan dia kemudian mendakwa terpaksa menolak tawaran itu pada saat-saat akhir.
Capello menjadi tumpuan untuk mendapat reaksinya susulan kenyataan yang dianggap bongkak jurulatih Real Madrid itu menjelang perlawanan persahabatan menentang Ghana, awal pagi tadi. - Agensi



kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger