Rabu, 30 Mac 2011

Peraturan lapuk, tak relevan perlu dimansuh - KSN

PUTRAJAYA 29 Mac - Semua peraturan yang sudah lapuk serta tidak lagi relevan perlu dimansuhkan sekiranya Malaysia ingin berada dalam senarai antara 10 negara paling kompetitif di dunia, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.


Justeru itu, beliau meminta setiap kementerian menyemak semula semua peraturan yang sudah lapuk sekiranya ia perlu melalui proses penambahbaikan atau dimansuhkan jika tidak lagi sesuai.


"Semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan perlu memastikan proses penambahbaikan ini dilaksanakan dan direalisasikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan PEMUDAH Challenge musim pertama, di sini, hari ini.


Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) menganjurkan penyertaan 'The PEMUDAH Challenge: One Million Ringgit For 1000 Ideas' bagi memperoleh idea kritikal dari penjawat awam mengenai sebarang peraturan dan perundangan yang telah lapuk boleh diubah kepada idea yang terkini, praktikal dan ditambah nilai. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger