Ahad, 27 Mac 2011

Khidmat helikopter Nuri tidak dihentikan dalam tempoh terdekat: ATM

ALOR SETAR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berhasrat menghentikan sepenuhnya khidmat helikopter Nuri dalam tempoh terdekat walaupun 12 pesawat baru jenis Eurocopter ecc725 dijangka tiba selewat-lewatnya 2013.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata pihaknya akan terus menggunakan khidmat Nuri kerana penambahan pesawat baru itu masih belum mencukupi untuk menampung keperluan semasa ATM, bukan saja bagi melaksanakan misi pertahanan udara, tetapi untuk bantuan kemanusiaan dan pengangkutan.


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger