Khamis, 24 Mac 2011

Capello buat keputusan salah tahun lalu: Terry

LONDON: John Terry, semalam tampil bersuara mengatakan Fabio Capello membuat keputusan salah menyisihkan dirinya daripada posisi ketua pasukan skuad England, tahun lalu.

Tonggak utama Chelsea itu bakal mengetuai The Three Lions dalam kelayakan Euro 2012 menentang Wales, Sabtu ini di Cardiff dan melafazkan tekad memberi tumpuan mahu membantu rakan mengecepi kemenangan.

“Saya tidak setuju dengan keputusan pada hari berkenaan tetapi seperti mana saya katakan sebelum ini saya menghormati apa yang dilakukan Capello dan mahu bekerja semula mencari nama,” kata Terry. Dia diheret dalam kontroversi selepas didakwa mengadakan hubungan sulit dengan bekas teman wanita Wayne Bridge - kebetulan sebelum Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Ketika kapten pilihan utama, Rio Ferdinand lebih kerap terbabit dalam kecederaaan dan Steven Gerrard yang dikatakan kurang sesuai membimbing pasukan, pengendali dari Itali itu membuat satu perjudian untuk memberi ‘angin kedua’ kepada Terry.

Apapun, pentas terbaik bagi pemain pertahanan itu adalah membuktikan sesuatu ketika membimbing England menentang Wales. Mata penuh bererti fungsi kapten harus menjadi miliknya buat satu lagi tempoh yang lama. - Agensi


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger