Khamis, 24 Mac 2011

Calon pengganti Taib Mahmud bukan ‘orang luar’ - pemerhati

KUALA LUMPUR 23 Mac - Calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak berkemungkinan besar tokoh yang pernah bekerjasama dengan beliau dalam pentadbirannya sebelum ini, menurut seorang pemerhati.


Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin berkata, calon bagi jawatan Ketua Menteri Sarawak selepas ini tidak akan datang daripada orang luar.


Katanya, pemilihan calon Ketua Menteri yang datang daripada mereka yang pernah berkhidmat dengan beliau penting kerana ini akan membolehkan calon tersebut memahami segala selok-belok politik dan pembangunan ekonomi negeri yang bakal ditadbirnya nanti.


"Perkembangan ini juga menunjukkan wujudnya kesinambungan. Dalam konteks politik semasa Sarawak, kesinambungan akan dilakukan dan akan berlaku.


"Apabila tidak ada proses kesinambungan, sudah tentu akan berlaku masalah," katanya ketika ditemu ramah pada Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, semalam. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger