Isnin, 28 Mac 2011

Amaran angin kencang, laut bergelora

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Selasa depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini, keadaan angin berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

JMM turut memberi amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori pertama berkelajuan 40 hingga 50 km/s dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Sarawak (Miri), Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Wilayah Persektuan Labuan, perairan laut Samui dan Sulu, yang dijangka berterusan sehingga Selasa ini. Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger