Jumaat, 25 Mac 2011

10 maut nahas bas-kereta api di China

BEIJING: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan kereta api penumpang di barat laut China.

Agensi berita Xinhua melaporkan kebanyakan penumpang bas berkenaan adalah pelajar dalam perjalanan ke sekolah tetapi tidak menyatakan sama ada mereka adalah antara mangsa dalam nahas di ibu negeri Xinjiang, Urumqi.

Bas berkenaan merempuh penghadang di tepi landasan dan berlanggar dengan kereta api penumpang berkenaan. Gambar di laman web agensi berita itu menunjukkan bas berkenaan berada di atas landasan dengan cermin depannya berderai. - AFP
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger