Memaparkan catatan dengan label timur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label timur. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

Terengganu mahu jadi hab AirAsia pantai timur

KUALA TERENGGANU 2 April - Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk menjadikan negeri itu sebagai hab penerbangan AirAsia bagi daerah pantai timur Semenanjung.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri juga merancang untuk mengadakan kerjasama dengan AirAsia bagi melatih anak-anak Terengganu sebagai juruterbang dan jurutera syarikat tersebut.

"Baru-baru ini kita telah mengadakan rundingan dengan AirAsia bagi menjadikan Terengganu sebagai hab penerbangan AirAsia di sebelah pantai timur serta melatih anak-anak Terengganu menjadi juruterbang serta dan jurutera.

"Rundingan seterusnya akan diadakan tidak lama lagi,? katanya kepada pemberita. - Bernama


kredit

Isnin, 28 Mac 2011

Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud landa perairan timur laut Jepun

OSAKA: Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda perairan timur laut Jepun hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami setinggi 50 sentimeter bagi wilayah Miyagi yang sebelum ini dilanda gempa bumi besar dan tsunami pada 11 Mac lal. - AFP



kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger