Memaparkan catatan dengan label tenis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tenis. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Clijsters catat kemenangan ke-500 dalam kerjaya tenis

KEY BISCAYNE: Kim Clijsters mencatat kemenangan ke-500 dalam kerjayanya selepas menundukkan Maria Jose Martinez Sanchez 6-4, 4-6, 6-3 pada kejohanan tenis Terbuka Sony Ericsson, semalam.

Clijsters yang menjuarai kejohanan itu pada 2005 dan 2010, kini mara ke pusingan keempat walaupun melakukan 10 double fault dan 39 kesilapan mudah.

Pemain pilihan kedua itu akan bertemu Ana Ivanovic, yang menang selepas lawannya, Virginie Razzano menarik diri selepas ketinggalan 2-6, 6-2, 3-0. Juara bertahan Terbuka Perancis, Francesca Schiavone yang juga pilihan kelima pula menewaskan Lourdes Dominguez Lino 6-4, 7-6 (2) manakala Agnieszka Radwanska menewaskan Maria Kirilenko 7-6 (2), 6-3, dan Marion Bartoli mengalahkan Ekaterina Makarova 6-0, 6-2. - AP

kredit

Keputusan tenis ATP-WTA Terbuka Sony Ericsson

Mardy Fish (AS) klk Richard Gasquet (FRA) 6-4, 6-3; Kevin Anderson (SAF) klk Pablo Andujar (SPA) 6-2, 6-3; David Ferrer (SPA) klk Somdev Devvarman (IND)6-4, 6-2; John Isner (AS) klk Alex Bogomolov Jr (AS) 6-2, 7-6 (4); Marcel Granollers SPA) klk Michael Llodra (FRA) 7-5, 3-6, 7-5.

Wanita, pusingan ketiga

Ana Ivanovic (SER) klk Virginie Razzano (FRA) 2-6, 6-2, 3-0, tarik diri; Marion Bartoli (FRA) klk Ekaterina Makarova (RUS) 6-0, 6-2; Francesca Schiavone (ITA) klk Lourdes Dominguez Lino (SPA) 6-4, 7-6 (2); Agnieszka Radwanska (POL) klk Maria Kirilenko (RUS) 7-6 (2), 6-3; Kim Clijsters (BEL) klk Maria Jose Martinez Sanchez (SPA) 6-4, 4-6, 6-3.


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger