Memaparkan catatan dengan label tanpa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanpa. Papar semua catatan

Jumaat, 1 April 2011

Kerajaan komited bantu golongan miskin tanpa mengira kaum: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan komited untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira kaum. Perdana Menteri berkata, kumpulan sasar ini bukan saja terdiri golongan miskin di luar bandar tetapi juga di bandar.

"Kita bukannya cakap pasal miskin tegar. Kita cakap mengenai mereka yang berpendapatan sekitar RM3,000 atau AS$1,000 sebulan," katanya dalam temubual oleh saluran televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini. Laporan tahunan 2010 Program Transformasi Kerajaan yang diumumkan minggu lalu menunjukkan 99.8 peratus daripada 44,643 isi rumah miskin tegar tidak lagi berada dalam kategori itu.

Najib juga berkata banyak kelonggaran telah diperkenalkan dalam pelbagai sektor oleh kerajaan berkaitan dasar mengenai Bumiputera.


"Sekarang ini, boleh ada 100 peratus (penguasaan korporat). Tidak ada lagi syarat penyertaan Bumiputera, umpamanya, dalam sektor pembuatan. Pelabur asing boleh mempunyai pegangan ekuiti 100 peratus. Orang tidak lagi membantah sangat mengenai dasar itu pada masa ini," kata Perdana Menteri. - BERNAMA



kredit

Rabu, 23 Mac 2011

Suram tanpa Jijoe


Beasley harap Josiah, Rizal jadi penawar duka bawa pulang pingat

SENARIO muram tetap wujud tanpa kelibat Azizulhasni Awang menjelang cabaran Kejohanan Trek Dunia yang memulakan saingan di Apeldoorn, Belanda, hari ini.


Namun, bagi ketua jurulatih lumba basikal negara, John Beasley tanggapan itu harus dikikis kerana percaya dua lagi rakannya - Josiah Ng dan Rizal Tisin ada ramuan membutirkan pingat untuk negara dalam kejohanan tersohor itu.

Sejak edisi 2009 dan 2010, skuad berbasikal trek negara tidak pernah gagal membawa pulang pingat dan rentetan itu mahu dipertahankan. Jurulatih itu sudah nampak wajah yakin terpancar pada kedua-dua anak didiknya itu yang mahu membuktikan sesuatu. Pada 2009 Azizul meraih satu perak dalam acara keirin dan mengulangi pencapaian sama tahun lalu manakala Rizal memenangi gangsa dalam acara 1 kilometer ujian masa pada 2009.

“Sasaran kita memang mahu Josiah layak ke final manakala Rizal untuk menempatkan diri di kelompok lima pelumba terbaik dalam acara 1km ujian masa individu,” kata Beasley menerusi emel.


Biarpun Azizul penyumbang terbesar pingat negara, Josiah boleh menggunakan platform ini membuktikan dirinya setanding atau lebih baik daripada jaguh dunia keirin itu selepas menunjukkan prestasi konsisten dengan meraih emas Sukan Komanwel 2010 dan perak di Sukan Asia 2010 acara keirin.


Rizal yang memenangi gangsa pada Kejohanan Trek Dunia 2009 mempunyai harapan apabila memenangi perak di Sukan Komanwel dan memenangi emas pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, bulan lalu dalam acara kegemarannya, 1km ujian masa.
Katanya Muhammad Edrus Yunos yang akan menyertai acara pecut berpasukan (bergandingan dengan Josiah dan Rizal) diharap dapat mencatat masa kurang daripada 18 saat dan layak dalam 24 kelompok terbaik manakala satu-satunya peserta wanita negara, Fatehah Mustapa diharap mampu memasuki pusingan kedua keirin dan menempatkan diri lima terbaik acara scratch.


Sementara penyertaan pelumba pelapis, Mohd Arfy Qhairant Amran adalah sebagai pendedahan baginya menghadapi Kejohanan Trek Remaja Dunia, Ogos ini selepas menunjukkan aksi membanggakan memenangi satu emas dan dua perak di ACC.


Beasley berkata Azizul akan kembali menyertai latihan di Melbourne penghujung April ini bagi persediaan bersama pelumba lain menghadapi siri baru Piala Dunia dijangka bermula Oktober ini.


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger