Memaparkan catatan dengan label sistem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sistem. Papar semua catatan

Jumaat, 1 April 2011

Sistem undi pos akan dipinda: SPR

PUTRAJAYA: Sistem undi pos yang membolehkan kumpulan pemilih tertentu menunaikan tanggungjawab seperti pengundi awam akan dipinda, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata, cadangan pindaan pada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya itu akan dibentangkan di Parlimen pada Jun ini dan dijangka dapat diguna pakai pada pilihan raya umum ke-13.

"SPR berpendapat sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan. Pengundi akan dikumpulkan di dewan tertentu untuk mengundi dan bentuk pengundiannya adalah seperti pengundi awam iaitu hanya perlu memasukkan kertas undi dalam tong undi tanpa perlu mengisi Borang 2 dan memulangkannya semula secara pos kepada pihak SPR," katanya dalam temu bual bersama BERNAMA dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di pejabatnya, di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, bagaimanapun pindaan itu tidak terpakai bagi pelajar dan mereka yang bertugas di luar negara serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di perbatasan. Mengulas lanjut, beliau berkata undi pos tidak boleh dimansuhkan kerana membabitkan isu keselamatan negara kerana pemansuhannya mengakibatkan pemilih daripada kalangan anggota keselamatan meninggalkan tugas untuk menunaikan tanggung jawab mengundi.


"Begitu juga bagi anggota polis yang tidak dapat melaksanakan tugas mereka menjaga ketenteraman awam kerana terpaksa berada di pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, keadaan ini juga boleh menyebabkan pegawai, kakitangan dan pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta pelajar dan pasangannya yang menuntut sepenuh masa di luar negara dihalang hak asasi mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Isu undi pos sering kali dibangkitkan parti pembangkang yang mahu sistem itu dimansuhkan kerana mendakwa ia boleh dimanipulasi. Mengulas perkara itu, Abdul Aziz berkata dakwaan itu menggambarkan SPR tidak boleh dipercayai sedangkan badan tersebut sentiasa berusaha memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih tanpa sebarang penipuan.


Sistem pengundian pos bagi konteks "Pengundi Tidak Hadir" diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. Ia bagi memberi peluang kepada anggota ATM; anggota polis; Pasukan Gerakan Am; pegawai, penjawat awam serta pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta pelajar dan pasangan yang menuntut sepenuh masa di luar negara untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing memilih wakil rakyat yang mereka sukai dengan mengundi secara pos. - BERNAMA


kredit

Jumaat, 25 Mac 2011

Cuepacs cadang sistem gaji sebaris

PUTRAJAYA 24 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM), supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.


Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan agar kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira penglibatan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan.


Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.


"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan.


"Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs kepada kerajaan untuk kajian semula terhadap SSM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

CUEPACS cadang sistem gaji sebaris

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.


Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan supaya kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira pembabitan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan. Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.


"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan. Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs kepada kerajaan untuk kajian semula terhadap SSM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kajian semula SSM sedang dijalankan untuk menjadikan perkhidmatan awam negara ini lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi.


Najib berkata, kajian komprehensif itu bukan sahaja meneliti aspek saraan semata-mata tetapi juga bakal mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi menterjemahkan agenda transformasi kerajaan serta ekonomi.


Perdana Menteri berkata, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai penjawat awam, yang selain berupaya menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat, mampu pula bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan sukan.


Mengulas lanjut, Omar berkata, pihaknya berpendapat banyak kelebihan bakal dinikmati penjawat awam dengan Sistem Gaji Sebaris, antaranya daripada segi pergerakan gaji dan tahap gaji maksimum mereka. Beliau berkata, dalam Jadual Gaji Matriks yang ada dalam SSM sekarang, penjawat awam hanya memperoleh kelebihan dalam jangka pendek, misalnya akan mencapai tahap gaji maksimum dengan cepat sedangkan mereka masih ada tempoh untuk berkhidmat.


Malahan, beliau berkata, kenaikan gaji dan pangkat yang diberikan kepada penjawat awam lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kini juga menyekat dan "membunuh" semangat sebahagian penjawat awam lain. Katanya, tidak semua yang terkandung di dalam SSM kini tidak berfaedah, namun sudah tiba masanya bagi kerajaan menilai semula beberapa perkara kerana kelebihan perlu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.


Omar berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan Cuepacs itu kerana ia dapat meningkatkan lagi produktiviti dan prestasi kerja penjawat awam di negara ini. - BERNAMA


 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger