Memaparkan catatan dengan label sekarang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekarang. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2011

Kenapa baru sekarang BN berjanji mahu berubah

PARIT BUNTAR, 31 Mac: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim menggesa rakyat supaya menilai semula semua slogan BN termasuk sebagaimana yang dilaung-laungkan di Sarawak sekarang.


"Rakyat Sarawak secara matang dan sedar mesti melihat kepada tempoh yang cukup panjang dan peluang yang telah diberikan kepada BN, kenapa sekarang baru BN berjanji untuk berubah," katanya.


Katanya, sejarah membuktikan Barisan Nasional gagal dan tidak mampu berubah sementara slogan BN mampu berubah hanya kata-kata kosong dan janji manis pemimpin BN. Beliau berkata ungkapan BN berubah tidak lebih dari usaha untuk mengaburi mata rakyat supaya kembali menyokong BN.


Menurutnya, usaha BN untuk menarik sokongan rakyat sering meningkat apabila hampir dengan pilihan raya. Oleh kerana itu, katanya rakyat mestilah berhati-hati dengan media pengampu yang akan memaparkan janji-janji manis pemimpin BN. Mengenai peranan pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin, beliau menegaskan bahawa pemimpin BN mengkhianati amanah tersebut.


“Pemimpin BN telah mengkhianati amanah yang telah diberikan lebih 50 tahun. Kerana itu negara memerlukan pemerintah yang bijak mengawal aset negara untuk manfaat rakyat secara holistik, bukannya hanya untuk berapa kerat elit kerajaan seperti yang diamalkan oleh BN,” katanya ketika ditemui di sini.


Tambahnya, pemerintah dalam apa jua keadaan mesti mendahulukan rakyat, ianya bukan sekadar slogan seperti yang dilaungkan oleh pemimpin BN.


"Bagi saya BN telah mempersendakan rakyat dengan pelbagai slogan, namun jauh dari realiti pelaksanaannya. Saya ingin mempersoalkan kenapakah dasar-dasar yang tidak dikaji dengan baik sebelum ia dilaksanakan sehinggakan bayak wang rakyat telah dibazirkan,” katanya yang juga Adun Titi Serong.


Katanya, kini banyak bukti sebagaimana yang dipaparkan melalui media baru banyaknya kelemahan BN mentadbir urus Malaysia. Situasi itu, katanya memberi petunjuk bahawa negara berada dalam situasi tidak selamat. Oleh itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menyeru seluruh rakyat supaya berubah sekarang untuk selamatkan Malaysia.


kredit

Selasa, 29 Mac 2011

Mengapa baru sekarang tawar RM5 juta

KOTA BHARU, 28 Mac: ”Pada masa itu tidak ada orang hendak tawar RM5 juta untuk beli tapak Arked MPKB... kalau ada marilah.

”Namun mengapa baru sekarang pula ditimbulkan,” kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Nazran Mohamad.

Akhbar hari ini melaporkan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh mendakwa seorang ahli perniagaan, Sheikh Ahmad Rozi Sheikh Ahmad memberitahunya melalui telefon mahu membeli tapak Arked MPKB dengan harga RM5 juta.

”Beliau memberi komitmen untuk membuat tawaran itu dengan harga RM5 juta,” kata Fatmi pada persidangan media bersama Pengerusi Persatuan Peniaga Arked MPKB, Salim Ahmad.

Pada pilihan raya umum 2004, Sheikh Ruzi merupakan calon BN di Dun Bunut Payong. Keluarganya difahamkan tinggal di Kampung Bunut Payong.

Selepas tewas pada pilihan raya tersebut beliau tidak muncul lagi dalam politik Umno di Kota Bharu. Calon BN di Dun berkenaan digantikan Rosmadi Ismail pada pilihan raya umum 2008.

Namun tiba-tiba beliau muncul kembali kononnya mahu menawarkan RM5 juta bagi membeli tapak bazar Arked MPKB.

Nazran berkata, MPKB BRI menjual tapak bangunan tersebut kepada sebuah syarikat dengan bayaran pendahuluan hampir RM4 juta. Selain itu MPKB BRI juga memiliki kepentingan 30 peratus dalam projek yang dimajukan.

”MPKB BRI juga mendapat keuntungan lain setelah dibangunkan hotel, ruang perniagaan dan aparment.

”Selain itu kita akan boleh bayaran cukai pintu, orang  ramai boleh bekerja, dari istilah ekonomi dipanggil sebagai local economic develepment,” katanya.

Ditanya mengapa tapak bangunan dijual kata beliau bangunan tersebut sudah diakui tidak selamat untuk digunakan.

Menurutnya selepas mendapat laporan tersebut MPKB BRI terpaksa mengambil tindakan membuka tawaran kepada mana-mana syarikat yang berminat.

Beliau juga berkata, peniaga di tingkat atas Arked MPKB diberi lot perniagaan baru di Bazar Tok Guru dan peniaga makanan di tingkat bawah pasar lama diberi pilihan berniaga di Bazar Tengku Anis atau berhampiran Tesco.

”Mereka sudah terima untuk berniaga di situ cuma belum lagi pergi. Kerajaan sebenarnya lebih menjaga kebajikan rakyat, di mana dibina dahulu premis perniagaan sebelum peniaga diarah berpindah.

”Hendak cari kerajaan mana yang beri kebajikan begitu rupa. Begitu juga kerajaan minta MPKB BRI beli satu tingkat di Bazar Tengku Anis bagi membolehkan peniaga menjalankan perniagaan,” ujarnya.

Ditanya dakwaan Persatuan peniaga Arked MPKB lot di Bazar Tok Guru sempit katanya, persatuan mahu semua peniaga mendapat tempat di tingkat bawah.

”Pada masa itu (mesyuarat) wakil mereka setuju biar pun kecil setiap lot asalnya peniaga dapat berniaga di tingkat bawah.

”Sekarang timbul macam-macam kerenah. Kita di Kelantan lebih bernasib baik kerana kerajaan mengamalkan dasar Islam yang lebih bertimbang rasa,” katanya.


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger