Memaparkan catatan dengan label pertahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertahan. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2011

Taib Mahmud pertahan kerusi Balingian

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan mempertahan kerusi N.51 Balingian pada pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

Turut mempertahan kerusi masing-masing ialah tiga pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri George Chan Hong Nam ( N.63 Piasau); Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom (N.41 Pakan) dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing (N.56 Baleh).

Antara pemimpin lain yang akan bertanding semula ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, di kerusi N.71 Bukit Sari dan bekas Menteri Persekutuan, Tan Sri Adenan Satem, di kerusi N.03 Tanjung Datu. Senarai calon BN itu diumumkan Adenan selepas mesyuarat parti komponen BN Sarawak di Ibu Pejabat PBB di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, calon bagi kerusi N.70 Ba'kelalan tidak diumumkan.

Mengikut kesepakatan BN Sarawak, PBB akan bertanding di 45 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8).

Daripada calon BN itu, 20 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (7), PRS (2), SPDP (1).

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

kredit

Ahad, 27 Mac 2011

Taib Mahmud sahkan pertahan kerusi Balingian

MUKAH 26 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri ke-10 akan datang.


"Anda tanya saya apakah saya akan bertanding di Balingian, ya...itulah sebab saya berada di sini hari ini untuk melawat pejabat ini," katanya ketika ditanya oleh wartawan semasa kunjungan singkatnya ke Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Balingian di sini.


Taib berkata, parti itu akan meletakkan kira-kira 25 peratus muka baru.


Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) negeri juga sedang dalam proses membereskan senarai calonnya.


"Setelah kami membereskannya, saya akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pengesahan beliau, mungkin pada 1 atau 2 April," katanya. ? Bernama

Isnin, 21 Mac 2011

Nicol pertahan kejuaraan Terbuka KL untuk kali ketujuh

KUALA LUMPUR 20 Mac ? Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan reputasinya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur bagi kali ketujuh di sini hari ini.

Ratu skuasy negara itu hanya mengambil masa 34 minit untuk mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry, pada perlawanan akhir di gelanggang kaca di Berjaya Times Square di sini.

Nicol sebelum ini mengungguli kejuaraan tersebut sebanyak enam kali pada 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010.

"Saya tahu perlawanan akhir tetap sukar. Saya pernah kalah sekali kepada Madeline dan tidak mahu keyakinan dia menguasai perlawanan.

?Saya perlu bekerja keras untuk menafikan rentak perlawanan dia,? kata Nicol, selaku pilihan utama kejohanan itu.

Sementara itu, dalam acara lelaki, pilihan utama Karim Darwisy dari Mesir merangkul gelaran pertama musim 2011 apabila menewaskan rakan senegara, Mohamed El Shorbagy 11-9, 11-9, 11-3 dalam masa 52 minit. ? Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger