Memaparkan catatan dengan label parah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parah. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mac 2011

Seorang maut, dua parah dalam kemalangan di Lahad Datu

LAHAD DATU - Seorang maut dan lima lagi cedera, dua daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di kilometer 30, Jalan Lahad Datu-Sandakan semalam.


Salimun@Nasir Suratman, 54, dari Kampung Jawa, Tawau mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Lahad Datu. Dua yang parah dikenali sebagai Sardami@Asmah Kaspi, 56 iaitu pemandu kereta terbabit dan Sardim@Saadiah Kasim, 55. Mereka kini dirawat di hospital yang sama.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt. Shamsudin Mat berkata, kejadian pada pukul 3.45 petang itu turut menyebabkan pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda serta seorang lagi penumpang kereta cedera ringan. - Bernama

Peniaga terbunuh, rakan parah kereta masuk gaung

KAMPAR 23 Mac - Seorang peniaga terbunuh manakala rakannya cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam satu kemalangan di Km 306.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung dekat sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata Thai Keen Chong, 33, yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Beliau berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila kereta Toyota yang dipandu Thai dalam perjalanan dari Kampar ke Ipoh itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan sebelum tercampak ke dalam gaung sedalam tujuh meter.


Beliau yang dihubungi di sini hari ini berkata mayat Thai dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat, manakala rakan Thai, Goh Soon Fook, 35, dari Ipoh yang mengalami kecederaan parah di kepala, sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.


Beliau berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua ahli perniagaan itu tersepit dalam kereta berkenaan, dan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mereka. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger