Memaparkan catatan dengan label motosikal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motosikal. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2011

Kes kemalangan maut motosikal menurun

KUALA LUMPUR - Kes kemalangan maut membabitkan pembonceng dan penunggang motosikal menurun 31 kes tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.


Katanya, kes kemalangan maut membabitkan golongan itu tahun lepas ialah 4,036 berbanding 4,067 pada 2009.


"Penurunan itu adalah hasil kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang giat dijalankan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen advokasi keselamatan jalan raya dan program ke arah 100,000 pemasangan tali keledar belakang anjuran JKJR dan Perodua di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, hari ini. - Bernama


kredit

Sabtu, 12 Februari 2011

Motosikal dilelong serendah RM30

GEORGE TOWN – Serendah RM30. Itulah nilai lelongan sebuah motosikal jenis Honda Cub pada acara lelongan awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini semalam.

Motosikal itu adalah sebahagian daripada 118 buah kenderaan termasuk kereta yang merupakan barang kes dan barang yang tidak dituntut pemilik.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sejumlah RM11,830 berjaya dikutip dalam acara lelongan tersebut.

Katanya, ia meliputi 111 buah motosikal dengan nilai jualan RM9,180, enam kereta (RM2,290) dan sebuah van (RM360) yang kebanyakannya disimpan sejak tiga tahun lalu.

“Nilai lelongan tertinggi ialah kereta Nissan Cefiro pada harga RM710,” katanya.

Menurutnya, selain jenama Honda, motosikal yang turut dilelong ialah Yamaha, Kawasaki, Suzuki dan Modenas manakala kereta pula model Nissan Cefiro, Volvo dan Honda Accord.

sumber: kosmo
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger