Memaparkan catatan dengan label jangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jangan. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Jangan sampai rakyat doa wakil rakyat mati

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan BN agar tidak hanya menjalankan projek pembangunan bila ada pilihan raya.


Katanya, keadaan itu telah menimbulkan satu kefahaman di kalangan rakyat bahawa untuk mendapat kemudahan asas perlu berlaku pilihan raya di tempat mereka.


"Kita merasakan dukacita bila ada rakyat menunggu-nunggu wakil rakyat mati untuk mudah mendapat kemudahan asas," katanya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 (Bacaan kali kedua) di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau sebelum itu membangkitkan isu kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan khususnya pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang masih belum diselesaikan kerajaan biarpun sudah lebih 50 tahun memerintah. Apatah lagi katanya, Sarawak mempunyai hasil negeri yang banyak namun rakyatnya masih dibelengu kemiskinan dan kawasan-kawasannya masih tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.


"Bila ada pilihan raya kecil barulah diwarwarkan akan diadakan kemudahan-kemudahan. Ini pendedahan yang memalukan setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan," tambahnya.


Sehubungan itu beliau tidak mahu rakyat terus diperbodoh kerajaan dan menggesa kerajaan menjalankan tanggungjawab setiap masa dan bukan menunggu pilihan raya. Sementara itu beliau turut membangkitkan masalah pemantauan pemberian subsidi minyak kepada nelayan.


Merujuk kes nelayan di Terengganu beliau berkata, nelayan kecil di negara ini terpaksa berdepan kapal armada yang memonopoli subsidi tersebut.


"Kementerian pertanian diberi peruntukan besar khususnya dalam memberi subsidi kepada nelayan.Tapi jumlah subsidi yang besar bocor,diberi kepada armada daripada kroni tertentu yang menggunakan pekerja asing daripada Vietnam,Thailand dan sebagainya.


"Mereka memunggah minyak subsidi dengan banyak sehingga sukar nelayan tempatan mengambil minyak di stesen-stesen minyak kerana diganggu oleh armada yang besar," katanya.


Tambahnya,meskipun ada tindakan daripada pihak terbabit berkaitan perkara ini,namun ianya seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja. Situasi yang sama katanya terus berlaku dengan golongan nelayan terus tertindas.


"Semua tahu armada ini menjual minyak subsidi ini di laut.Walaupun  sebelum ini ada tindakan diambil kepada individu tertentu tetapi seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja. Ini satu kebocoran subsidi yang tidak dinikmati rakyat yang berhak menerimanya," katanya.


kredit

Khamis, 24 Mac 2011

Jangan kaitkan Datuk T dengan UMNO: Nazri

KUALA LUMPUR: Kumpulan Datuk T, yang memiliki video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang, tidak ada kaitan dengan UMNO, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata, ini kerana tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan UMNO.

"Sebagai sebuah parti yang mempunyai tiga juta keahlian, jika ada salah seorang yang mempunyai niat dan motif tertentu, tiada apa yang boleh kita lakukan. "Perlu faham (bahawa) mereka buat semua itu atas (kapasiti) individu, jadi jangan kaitkan mereka ini dengan UMNO," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang mengakui bahawa mereka adalah Datuk T atau "trio". - BERNAMA


Selasa, 22 Mac 2011

Guan Eng diminta jangan jadi ‘ahli politik mentah’

GEORGETOWN 21 Mac - Barisan Nasional (BN) negeri hari ini mencabar Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwanya telah mengakibatkan kerugian dalam projek pembangunan Pulau Jerejak dan bukannya menyebarkan risalah mengandungi fakta tidak tepat kepada rakyat.


"Lim sepatutnya menunjukkan sifat sebagai seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab dan bukannya seperti ahli politik mentah. Kalau dia rasa BN silap, saya cabar dia bawa perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, bawa ke mahkamah dan saman" kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri Datuk Dr. Teng Hock Nan kepada pemberita di sini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Guan Eng kononnya berlaku skandal dalam pemberian tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada UDA Holdings ketika pentadbiran BN yang menyebabkan kerugian wang rakyat sebanyak RM30 juta. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger