Memaparkan catatan dengan label gantung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gantung. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2011

Jambatan gantung hampir siap runtuh

GUA MUSANG - Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di sini runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat.


Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi ini.


Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh.


"Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh," katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini.


Turut melawat jambatan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff.


Pengerusi Tokong Pulai, Lew Kew Bee pula berkata, pihaknya mempertikai pembinaan jambatan gantung berkenaan yang bukan sahaja terlalu mahal tetapi dibuat secara mudah hingga terdedah kepada kejadian runtuh itu.


"Penduduk pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail bagi membincangkan perkara itu, tetapi dimaklumkan pembinaannya mengikut prosedur.


"Kita diberitahu struktur pembinaan ikut pakar yang pernah berbuat demikian dan dunia juga ikut cara berkenaan. Kini apa telah jadi apabila runtuh sebelum siap," katanya. - Bernama


kredit

Khamis, 31 Mac 2011

Culik, bunuh pelajar: Pendandan rambut dihukum gantung

KUALA LUMPUR 31 Mac - Seorang pendandan rambut, Teoh Kim Hong dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh dan menculik seorang pelajar tingkatan empat di Kulai, Johor tiga tahun lalu.


Manakala dua rakannya yang lain, masing-masing berusia 16 tahun, dihukum penjara selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Johor bagi tuduhan yang sama. - Utusan


kredit

Selangor fail permohonan gantung prosiding kes surat pekeliling

SHAH ALAM 30 Mac - Kerajaan Selangor hari ini memfailkan permohonan untuk menggantung sementara prosiding mahkamah mengenai pekeliling yang menghalang kakitangannya ditemuduga oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat sehingga siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) ke atas kematian Teoh Beng Hock selesai.


Permohonan ini difailkan menerusi firma guaman Tetuan Fahda Nur & Yusmadi di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang turut disertakan dengan afidavit yang disokong oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata satu kenyataan akhbar kerajaan negeri di sini hari ini.


Peguam Negara telah memfailkan permohonan saman pemula kepada mahkamah bagi mengisytiharkan Pekeliling No 4 bertarikh 28 Julai 2009 yang melarang SPRM daripada menemuduga kakitangan kerajaan negeri dalam waktu pejabat adalah batal dan tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan.


Pekeliling itu didraf selepas kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, yang ditemui mati di Plaza Masalam di sini pada 16 Julai, 2009.


"Saya percaya bahawa laporan RCI adalah sangat material dan relevan kepada isu-isu yang dipertikaikan dalam tindakan ini kerana mahkamah akan mempunyai fakta berkenaan dengan prosedur siasatan SPRM dan setakat ini ia tidak mengikut lunas undang-undang."


Dalam afidavit itu, Abdul Khalid juga menyatakan maklumat dari laporan RCI itu perlu untuk memutuskan sama ada pengeluaran Pekeliling oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghadkan siasatan ke atas kakitangan kerajaan negeri pada waktu pejabat sahaja, adalah sah.


Pada 24 Februari lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Kerajaan Negeri Selangor dalam permohonannya untuk membatalkan saman pemula itu yang difailkan oleh Peguam Negara ke atas kerajaan negeri. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger