Memaparkan catatan dengan label asing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asing. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2011

Polis tahan 12 wanita warga asing dipercayai GRO

GEORGETOWN - Polis menahan 12 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai Pelayan Pelanggan (GRO), selepas menyerbu sebuah pusat hiburan dalam sebuah hotel mewah berdekatan Persiaran Gurney di sini awal pagi ini.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang ASP Mohd. Sayuti Harun yang mengetuai serbuan dalam Ops Noda pada kira-kira pukul 1 pagi itu berkata, yang ditahan terdiri daripada 11 wanita warga Vietnam dan seorang warga China.

Beliau berkata, kesemua GRO yang dipercayai menyalahguna pas lawatan sosial untuk bekerja di pusat hiburan itu bertempiaran lari sebaik menyedari kehadiran polis dan siasatan awal mendapati pusat hiburan itu turut diawasi oleh tonto. - Bernama


kredit

Isnin, 21 Mac 2011

Imigresen Tawau tahan 117 warga asing

TAWAU ? Jabatan Imigresen Tawau berjaya menahan 117 warga asing dalam tiga operasi di sekitar bandar Tawau semalam.

Pengarah Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata, mereka terdiri daripada 104 warga Indonesia dan 13 rakyat Filipina yang ditahan di atas pelbagai kesalahan bersabit Akta Imigresen.

Dalam operasi di kawasan Batu-Batu, seramai 24 orang iaitu 16 rakyat Indonesia dan lapan warga Filipina ditahan, manakala dalam operasi di sekitar pelabuhan dan pasar ikan Tawau, 69 lagi ditahan meliputi 66 warga Indonesia dan bakinya warga Filipina, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Operasi Kutip di sekitar Stesen Bas Lama Tawau pula menyaksikan 24 ditahan dengan 22 dari Indonesia dan bakinya rakyat Filipina.

"Kesemua warga asing berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) ? Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan di bawah Seksyen 15 (1) ? Akta yang sama iaitu tinggal melebihi masa,? kata Mohammad. ? Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger