Memaparkan catatan dengan label Terima. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terima. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

Terima kasih polis bantu rakyat benci Umno BN

KUALA LUMPUR, 2 April: “Terima kasih PDRM bantu rakyat benci Umno BN,” kata Datuk Mahfuz Omar. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam yang mengesahkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan tiga manusia baru-baru ini adalah tulen.


Menurut Ismail, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik pihaknya minggu lalu untuk membuat kajian terperinci. Katanya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.


Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa ‘pelakon’ lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar. Baginya, itulah ‘skrip’ sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.


Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun. “Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni ‘polis malaikat’ yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja,” ujarnya lagi.


kredit

Jumaat, 1 April 2011

“Terima kasih PM, isteri” - Make-A-Wish

KUALA LUMPUR - Pengerusi Make-A-Wish Datin Syarifah Farah Gumash Syed Hussain hari ini berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kerana meluangkan masa melawat remaja yang menghidap kanser tulang Nur Jannah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, semalam.


"Ingatan yang menyentuh perasaan dari Perdana Menteri kita dan isterinya menjadikan ia satu kenangan dan pengalaman yang benar-benar luar biasa bagi Nur Jannah dan keluarganya," kata Pengerusi Make-A-Wish Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.


Kegembiraan jelas tergambar di wajah Nur Jannah, yang menderita osteosarcoma (sejenis penyakit kanser tulang), apabila Najib dan isterinya bertemu dengan remaja perempuan berumur 15 tahun itu yang terpesona dengan peluang keemasan bertemu Najib, yang menjadi idolanya.


Make-A-Wish Malaysia (www.makeawish.org.my) merupakan sebuah badan kebajikan yang memenuhi impian kanak-kanak yang berada dalam keadaan kesihatan yang mengancam nyawa bagi memperkaya pengalaman manusia dengan harapan, kekuatan dan kegembiraan.


Syarifah Farah berkata pertubuhan itu akan memenuhi impian kanak-kanak yang berumur antara tiga dan 18 tahun. Make-A-Wish merupakan pertubuhan terbesar bagi memenuhi impian di dunia.


Ia merayakan tahun ke-30 memenuhi impian pada April, tahun lepas. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger