Memaparkan catatan dengan label Kastam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kastam. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

62 pegawai kastam ditahan setakat ini - SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi 'Operasi 3b' setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.


Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.


Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini hari ini.


"Kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 adalah berjumlah RM1.2 bilion. Selain itu, sejumlah RM602 juta dibekukan, RM382 juta (disita) sementara RM31.2 juta lagi dilucutkan hak sebagai harta," katanya.


Mengulas mengenai tangkapan itu, Mustafar berkata, operasi membabitkan lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang yang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang. - Bernama


kredit

Selasa, 29 Mac 2011

2 pegawai Kastam ditahan dalam serbuan SPRM

PUTRAJAYA 29 Mac - Dua orang pegawai kanan Kastam antara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu serbuan secara besar-besaran di seluruh negara semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, serbuan secara serentak yang dibantu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dibantu oleh lima agensi lain itu dilakukan terhadap 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk, 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis Kastam di seluruh negara.

Dalam pada itu katanya, pasukan khas yang diketuai SPRM itu telah menyita lebih daripada 150 akaun-akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan. - Utusan


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger