Memaparkan catatan dengan label Chong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chong. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2011

Kejutan Chong Wei

ANDAI berpandu kepada kata-kata yang terbit daripada mulut, Lee Chong Wei semalam, jaguh badminton negara itu seperti tidak memerlukan lagi ‘sentuhan emas’ Datuk Misbun Sidek.

Pemain nombor satu dunia itu yang dibimbing Tey Seu Bock sepanjang ketiadaan Misbun menegaskan dia tidak kisah sama ada dibimbing oleh mentornya itu atau tidak dalam membuat persiapan memburu kemasyhuran memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2012. Chong Wei yang berjaya mempertahankan kejuaraan Seluruh England, bulan lalu menyifatkan dia kini ‘mampu menjaga diri sendiri dan memperbaiki kelemahan.’

“Ia terbukti apabila saya mengekalkan kejuaraan dalam tiga kejohanan setakat ini.


Saya tidak boleh mengharapkan kepada satu jurulatih saja kerana perlu menjalankan tanggungjawab yang berat termasuk, berlatih bersungguh-sungguh,” katanya selepas majlis amal ‘Hope & Smile’ di Dewan Tunku Geodesi Dome, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bagi mengumpul sekurang-kurangnya RM1 juta untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


Misbun membuat pusingan-U, kelmarin apabila memutuskan untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meletak jawatan secara mengejut pada 31 Disember 2010.


kredit

Ahad, 3 April 2011

Chong Wei umum bersara selepas London Olimpik 2012

GEORGE TOWN 3 April - Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengumumkan hari ini bahawa beliau akan bersara selepas Sukan Olimpik di London 2012.


Pemain perseorangan nombor satu negara itu berkata, beliau ingin memberi peluang kepada pelapis muda mengharumkan nama negara.


"Saya mahu memberikan peluang kepada pemain-pemain pelapis lain untuk bermain dan mengharumkan nama negara," katanya kepada pemberita di sini.


Selain Chong Wei, pemain wanita perseorangan nombor satu negara Wong Mew Choo juga dilaporkan telah mengumumkan persaraannya. - Bernama


kredit

Khamis, 24 Mac 2011

'Sayang Chong Wei'

Walaupun saya sayang Misbun tapi pemain nombor satu dunia lebih utama: Zolkples

DIKRITIK hebat berikutan pendirian yang tidak menyebelahi Datuk Misbun Sidek berhubung kemelut peletakan jawatan jurulatih perseorangan itu, Datuk Zolkples Embong, semalam tampil melontarkan persoalan untuk difikir dan dijawab pengkritiknya.


“Siapa yang mereka lebih sayang, Misbun atau (Lee) Chong Wei?” soal Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu. “Walaupun saya sayang Misbun, tetapi saya lebih sayangkan Chong Wei kerana dia harapan utama kita pada Sukan Olimpik London 2012.

“Jadi, siapa yang kita perlu lebih utamakan dan jaga ketika ini,” soalnya lagi sambil tidak menafikan sumbangan Misbun dalam melatih pemain itu hingga menjadi pemain nombor satu dunia. Zolkples berkata, sebenarnya banyak peluang sudah diberi kepada Misbun untuk kembali semula tetapi sikap membisu jurulatih itu menyaksikan kemelut berlarutan hampir tiga bulan itu belum menemui titik penyelesaian.

“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri sanggup berkompromi dan memberi beberapa alternatif, tetapi saya sudah tegaskan beberapa kali sebelum ini bahawa sikap mendiamkan diri jurulatih itu tidak membawa sebarang keuntungan.


“Lagipun, jika difikirkan secara logik, BAM tidak memecatnya, sebaliknya Misbun sendiri meletak jawatan,” katanya.


Ditanya sama ada dia sudah bertemu Chong Wei, Zolkples berkata: “Saya sudah bertemunya dan Chong Wei memberitahu dia tidak kisah berlatih di bawah sesiapa sama ada Misbun atau Tey Seu Bock.  “Seu Bock juga memberitahu Chong Wei tidak pernah membantah arahannya ketika latihan dan kita dapat lihat keserasian antara kedua-duanya ketika Seluruh England baru-baru ini,” katanya.


Isu Misbun - sama ada mahu pulang melatih semula Chong Wei masih panas tetapi selepas pemain nombor satu dunia itu menjuarai Seluruh England menewaskan musuh tradisi dan juara dunia, Lin Dan dalam final ada yang beranggapan strategi sama harus disambung sehingga ke Kejohanan Dunia di London, Ogos ini.

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger