Memaparkan catatan dengan label sedia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedia. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2011

Adun DAP gesa sedia peruntukan besar untuk SAR

SHAH ALAM, 30 Mac: Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR). Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.


Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa. Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.


Dr Halimah di dalam jawapannya, menyatakan ucapan terima kasih di atas perhatian tinggi Adun Sekinchan itu meskipun bukan beragama Islam tetapi tetap prihatin dengan perihal SAR berbanding dengan pembangkang yang bersikap sebaliknya. Terdahulu, ketika menjawab soalan asal, Dr Halimah berkata, sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor.


Semua bantuan itu, jelasnya, berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha mencapai matlamat kerajaan memperkasakan pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.


"Sebanyak 820 permohonan dibuat 2009 dan 2010 dengan 769 permohonan diluluskan sebanyak 320 sekolah bagi 2009 manakala 449 sekolah untuk 2010 dengan pecahan mengikut sekolah adalah 160 buah bagi SAR, 77 (SJKC), 97 (SJKT) bagi 2009 manakala bagi 2010 adalah sebanyak 252 (SAR), 100 (SJKC) dan 97 (SJKT).


"Jumlah permohonan 2010 meningkat berbanding 2009 iaitu sebanyak 134 permohonan dan jumlah permohonan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 129 permohonan. Bagi SJKC dan SJKT permohonan yang dibuat dapat diproses dengan baik tanpa ragu-ragu kerana sekolah yang membuat permohonan adalah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, namun berbeza dengan SAR yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak sama ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Kementerian Pelajaran," tegasnya.


Tambahnya, program bantuan agihan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi memantapkan visi pendidikan untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan.


"Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah, kualiti para pelajar terutama dari aspek akademik dan sahsiah serta kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif.


"Selain bantuan pendidikan itu, katanya, kerajaan negeri turut memberi latihan kursus perguruan kepada guru-guru SAR di mana guru-guru itu tidak pernah diberi kursus dan pihak sekolah juga tidak ada dana yang mencukupi untuk tujuan itu," jelasnya lagi.


Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor (YS) turut mewujudkan dermasiswa dan meluluskan pembinaaan Tadika Rakyat di negeri Selangor pada 2009. Dr Halimah berharap Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat sumber rezeki kewangan yang lebih di masa akan datang untuk memberikan lebih manfaat besar kepada rakyat negeri terutamanya dalam bidang pendidikan.


Katanya, beliau sendiri secara peribadi ingin melihat SAR yang berjumlah 500 buah itu akan dapat dibantu dalam usaha kerajaan mencapai matlamat yang diidamkan oleh kerajaan negeri, selama ini yang inginkan Selangor menjadi Hub Ilmu Hub Pendidikan.


kredit

Sabtu, 26 Mac 2011

Ali Abdullah sedia serah kuasa kepada orang dipercayai

SANAA 26 Mac - Presiden Ali Abdullah Saleh dalam ucapannya di hadapan penyokongnya berjanji akan menyerahkan kuasanya tetapi hanya kepada orang yang boleh dipercayai.


"Kami akan berdiri teguh dengan kamu. Terus setia berdepan dengan pelbagai cabaran. Kita tidak perlu kuasa. Kita perlu menyerahkannya kepada orang yang boleh dipercayai, dan bukan kepada tangan yang mengamalkan korup dan perlakuan terkutuk," ujarnya kepada orang ramai di ibu negara lalu disusuli dengan tepukan gemuruh. - AFP

Khamis, 24 Mac 2011

Malaysia belum sedia bida Sukan Asia 2023

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak sedia membida penganjuran Sukan Asia 2023 kerana kos penganjuran temasya itu adalah tinggi dan dijangka meningkat. Menteri, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, faktor lain yang mengekang pembidaan penganjuran Sukan Asia 2023 itu ialah keadaan ekonomi semasa.


"Kita tidak bersedia untuk membuat bidaan buat masa sekarang kerana menganggap ia melibatkan kos yang berlipat kali ganda besar. Dan saya rasa pada masa akan datang kos akan meningkat tiga atau empat kali ganda dan kita tidak mahu kos itu ditampung oleh wang subsidi untuk rakyat," katanya ketika ditanya mengenai hasrat Indonesia membida penganjuran Sukan Asia 2019 setelah Malaysia tidak mahu berbuat demikian kerana kos penganjuran temasya sukan itu melebihi RM1.6 bilion pada akhir September tahun lepas. - Bernama

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger