Khamis, 22 September 2011

Wenger kekal: Arsenal

berita berita terkini
LONDON: Arsene Wenger menegaskan spekulasi mengenai masa depannya bersama Arsenal tidak akan mengganggu dirinya membina semula The Gunners yang bermasalah.

Barisan Wenger membuat permulaan buruk dalam tempoh 58 tahun selepas tewas 4-3 di Blackburn, Sabtu lalu yang menyaksikan mereka merana berada di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.

Diaibkan 8-2 di Manchester United selain pemergian dua tonggak Cesc Fabregas dan Samir Nasri, mencetuskan khabar angin mengenai masa depan Wenger di kelab utara London itu.

Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis bagaimanapun bingkas menafikan spekulasi itu kelmarin apabila menegaskan pihaknya masih yakin dengan kemampuan Wenger.

Tetapi keyakinan terhadap pengurus kelahiran Perancis itu terhakis semula apabila pasukan Liga Dua Shrewsbury mendahului 1-0 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga sebelum menang 3-1.

Ia turut menyaksikan kejutan apabila tidak ramai penonton yang hadir menyaksikan perlawanan itu di Stadium Emirates.

Tandukan James Collins pada minit ke-16 mengancam kedudukan Wenger yang membuat perjudian dengan membariskan barisan muda dalam kesebelasan utama. – AFP

[berita harian]
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger