Khamis, 22 September 2011

Penyeludupan rokok haram meningkat 37.3 peratus

berita berita terkini
KUALA LUMPUR: Keputusan kajian terbaru Rokok Haram bagi tempoh Mac hingga Mei 2011 menunjukkan tahap rokok yang menyalahi undang-undang meningkat kepada 37.3 peratus di negara ini berbanding tahun lalu dengan purata tahunan sebanyak 36.3 peratus.

Kajian di seluruh negara, yang dilakukan Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) dikendalikan sebuah agensi penyelidikan bebas, The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd menunjukkan bahawa masalah rokok haram di Malaysia masih berterusan.

Dianggarkan bahawa dagangan haram ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM2 bilion dalam hasil eksais kerajaan setiap tahun.

Perdagangan haram atau ekonomi bawah tanah ini menggalakkan jenayah dalam masyarakat dan menjejaskan agenda kesihatan negara untuk mengurangkan gejala merokok di Malaysia.

[berita harian]
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger