Isnin, 23 Mei 2011

Carlo Ancelotti dipecat

LONDON 23 Mei - Chelsea memecat pengurusnya, Carlo Ancelotti, semalam selepas kelab itu tumpas 0-1 kepada Everton pada perlawanan terakhir Liga Perdana England musim ini, kata kelab tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam perlawanan tersebut, Everton yang bermain 10 orang selepas Coleman dilayangkan kad merah pada minit ke-54. Kekurangan seorang pemain tidak merencatkan permainan Everton yang mendapat gol kemenangan menerusi jaringan Jermaine Beckford pada minit ke-74.

Ancelotti yang dibawa masuk untuk membimbing Chelsea pada 2009 menghadiahkan Piala FA dan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim pertama bersama Chelsea. Bagaimanapun, tahun ini Chelsea tidak mendapat sebarang piala yang membawa kepada pemecatan Ancelotti.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dikatakan sudah menyenaraikan beberapa pengurus terkemuka untuk membimbing Chelsea musim depan. Antara nama yang disebut adalah Guus Hiddink, Andre Villa-Boas dan Marco van Basten.- AFP
 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger