Jumaat, 22 April 2011

Wanita Britain tak cemburu Kate Middleton

LONDON: Dia mungkin jelita, kaya dan bakal mengahwini seorang putera, tetapi majoriti wanita Britain tidak mencemburui Kate Middleton.


Dalam satu kaji selidik yang dilakukan oleh YouGov, wanita yang ditanya sama ada mereka mencemburui tunang Putera William itu, 86 peratus berkata, mereka langsung tidak ada perasaan sedemikian.

Alasan utama mengapa kebanyakan mereka berperasaan demikian ialah tanggapan bahawa beliau tidak mampu untuk meneruskan hidup secara normal selepas berkahwin dengan William pada 29 April ini.


“Kebanyakan wanita menyedari Kate mempunyai tugas berat selepas berkahwin, dengan segala pergerakan dan pakaian akan menjadi tumpuan,” kata Carla Bevan, Ketua Pengarang akhbar MyDaily.co.uk, sebuah laman web wanita.

“Orang ramai jelas merasakan, Kate tidak akan menjadi seperti dalam cerita pari-pari,” katanya. Bagaimanapun, ada sekumpulan orang yang mencemburui bakal puteri berkenaan.

Sepuluh peratus responden berkata, mereka menaruh harapan untuk berada di tempat Kate sementara sepertiga daripada wanita berkenaan berpendapat, tarikan utama untuk menjadi Kate Middleton ialah kerana kekayaannya. — Reuters


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger