Jumaat, 22 April 2011

Perkahwinan William, Kate menerusi Internet

LONDON: Majlis perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton akan disiarkan secara langsung menerusi laman web rasmi diraja.


Ia perkahwinan pertama keluarga diraja Britain yang akan diliputi secara sedemikian.

Acara yang akan berlangsung pada 29 April depan dijangka ditonton oleh kira-kira dua bilion orang di seluruh dunia, boleh ditonton menerusi www.youtube.com/theroyalchannel.


Pegawai Istana St James yang mewakili William dan adiknya, Harry berkata, siaran itu akan dipetik daripada stesen penyiar rasmi, BBC, tanpa ulasan badan penyiaran itu. “Kakitangan di Istana Clarence dan St James akan menyediakan ulasan secara langsung dengan maklumat bersejarah, pautan menarik, gambar tambahan dan rakaman video,” menurut kenyataan istana berkenaan.

Sebagai tambahan, menurutnya, video rasmi, ‘Wedding Book’ menerusi You Tube mempelawa sesiapa saja untuk memuatnaikkan video mereka untuk mengucap tahniah kepada pasangan itu.

Gambar yang ada kaitan dengan majlis perkahwinan itu pula akan diedarkan menerusi laman perkongsian gambar, Flikr. - AFP


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger