Jumaat, 22 April 2011

Perkahwinan 1Malaysia di Seremban

SEREMBAN - Satu majlis perkahwinan 1Malaysia diadakan di sini hari ini yang diserikan dengan permainan caklempong, tarian akrobatik singa dan tarian India.


"Saya mahu sahut seruan Perdana Menteri. Kita nak terapkan konsep 1Malaysia. Biar semua orang terutama penduduk negara ini tahu mengenai budaya masing-masing," kata pesara tentera Ramley Abdullah kepada Bernama.


Beliau mahu mengenang majlis perkahwinan anak perempuannya Norheleyna, 22, dengan pasangannya Shahazizul Mat Johar, 25, yang dihadiri kira-kira 500 orang jemputan pelbagai kaum sebagai Perkahwinan 1Malaysia.


Majlis diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.


Ketibaan pasangan pengantin tidak disambut dengan paluan kompang, sebaliknya dengan pukulan gendang dan alunan muzik caklempong sebelum disambut dengan tarian dua ekor singa.


Ketika menuju ke pelamin pula, pasangan pengantin disambut dengan persembahan silat dan tarian India.


Tetamu pelbagai kaum turut berpeluang menepung tawar pasangan pengantin. - Bernama


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger