Jumaat, 22 April 2011

Pemberontak berjaya rampas semula Brega

BREGA: Pejuang pemberontak mendakwa mereka berjaya menawan semula Brega daripada tentera Libya selepas bertempur sengit bagi mendapatkan kawalan ke atas bandar strategik itu, semalam.


Walaupun tiada pengesahan sehingga petang semalam, wakil media mendakwa melihat tujuh mayat tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi terdampar di kawasan berkenaan.

Katanya, sekurang-kurangnya 10 trak pikap tentera turut terbakar di sepanjang jalan ke bandar itu. Sebuah kawah seluas kira-kira lima meter dan sedalam dua meter turut dilihat di itu.


“Ia mungkin kesan serangan tentera Nato pada malam sebelumnya,” katanya. Pada pagi semalam, pertempuran mula berkurangan. Hanya bunyi jet pejuang Nato kedengaran terbang di ruang udara sekitar bandar itu mengawasi keadaan.

Saksi berkata, pemberontak memang berjaya menawan Brega dan kini berusaha keras menjejak penembak curi yang masih bersembunyi di itu.

Terletak 800 kilometer di timur Tripoli, Brega menjadi lokasi pertempuran sengit di antara pemberontak dan tentera Gaddafi sejak beberapa hari lalu kerana kedudukannya yang strategik dalam industri pengeluaran petroleum. Bagaimanapun, tidak jelas siapa sebenarnya menguasai Brega kerana pejuang pemberontak berkumpul semula di Ajdabiya, 80 kilometer dari situ. - AFP


kredit

 

Berita Berita Terkini Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger